Ahad, 5 Oktober 2008

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum......wbt.

BErtemu lagi setelah menghilang selama seminggu. Seminggu yang cukup sibuk, tapi yang penting seminggu aku kehilangan port internet aku kerana 'oldtown' di sini sentiasa pack dengan pengunjung ( oldtown adalah tempat aku menggunakan access wifi percuma disini ).

Kedatangan shawal/aidilfitri pada rabu lalu di sambut serdahana oleh keluargaku. Sabtu sebelumnya aku mengacau dodol. Bukan dodol biasa tetapidodol gula kabong,di import khas dari Budu. Kalau yang belum merasainya, cubalah datang ke Benta setiap kali hari raya Aidilfitri atau aidilAdha, atau dijemput beraya kerumah.

Dalam masa 3 hari, aku dan adikku berjaya membuat 5 jenis kuih raya, sesuatu yang juga biasa dirumahku. Nenek beraya dirumah pada hari raya pertama, terima kasih kepada mak ngah yang sudi membawanya. Nak dijadikan cerita, gearbox perdana rosak sebaik sampai ke temerloh. Maka aku menawarkan diri, membawa mereka pulang ke KL.

Berjalan? Malangnya adik perempuan aku tengah sarat sekarang, hanya menunggu hari. Maka, aku tidak kemana-mana hari raya ini. Dirumah, menyambut tetamu, memasak dan membuat air kepada tetamu yang datang.

Juga tahniah kepada Zura, kerani site aku kerana mendapat anak lelaki semalam, setelah seminggu ditahan di dalam wad dan menyambuthari raya di hospital. Tahniah kepada abang Ramly kerana menjadi seorang datuk.

Sehingga disini catatan ini, semuga ia akan berterusan.

Insyaallah.

Tiada ulasan: