Assalamualaikum.....
Bertemu kembali setelah sekian lama menyepikan diri. Mula-mulanya kerana kesibukan kerja, namun akhirnya aku telah terlupa akan kewujudan catatan ini. Alangkah sedih apabila mengetahui aku kini menjadi seorang pelupa. Pelupa yg melupakan janji-janjinya utk tetap mencatat perjalanan hidup ini.
Sepanjang kesepian dari catatan ini, aku telah pun menyertai 3 laman web.
1. www.anak-pahang.net
- satu laman web bagi anak-anak pahang, di mana shj mereka berada. Laman web yg berdiri atas kesungguhan beberapa orang anak pahang ( raub ) tanpa bantuan dan sokongan modal dari mana-mana orang berkepentingan.
2. www.kembara.net
- satu laman web pemilik kenderaan kembara ( perodua ). Aku baru menyertainya setelah membeli kenderaan tersebut baru-baru ini.
3. www.facebook.com
- satu laman web komuniti sosial.
insyallah, aku akan menyambung kembali catatan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan