Assalamualaikum........wbt.
Bertemu lagi setelah beberapa hari berlalu. Alhamdulillah, aku masih di sini, dan masih meneruskan catatan dalam blog ini.
Tidak banyak yang ingin aku ceritakan. Mungkin yang pertama ialah selesainya majlis berbuka puasa di surau tempatku. Alhamdullilah, segala berjalan dengan baik walaupun terpaksa bertekak dengan ketua kampung dan ketua cawangan.
Kerja aku juga tidak mempunyai masalah. Aku mendapat seorang staff baru, yang sehingga kini aku masih belum tahu apa kerja yang perlu aku berikan. Biarlah dia berehat dahulu sebelum kerja-kerja pemasangan bermula.
Minggu depan agak sibuk. Hilux ku perlu diservis, apatah lagi dengan aidilfitri yang bakal menjelang. Kenderaan perlu tip-top kerana aku menjangkakan aku perlu membawa ibu bapa ku berjalan hampir seluruh pahang barat pada tahun ini.
Kemudian dengan site meeting lagi. Alhamdulillah, pihak atasan bersetuju dengan cadangan ku untuk mengadakan meeting di pejabat kl dan bukan di tapak projek. Aku juga perlu mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan 'cuti-cuti malaysia' , dibiayai oleh kontraktor tentunya, dan beberapa pekara lain yang perlu diperiksa.
Cukup sampai di sini pada hari ini, Insyaallah, catatan ini akan bersambung lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan