Sabtu, 20 September 2008

Di awal pagi

Assalamualaikum..........wbt.

Bertemu lagi selepas beberapa hari berlalu.

Hari ini aku mendapat khabar pakcik fatah rumah no72 telah meninggal dunia setelah terlantar sakit / koma selama lebih 1bulan, bahkan seminggu yang lalu aku telah membuat kesilapan dengan membuat pengumuman tentang pemergian almarhum, akibat salah informasi. Al-Fatihah kepada almarhum dan takziah kepada keluarga.

Hari ini juga, aku baru berkesempatan melawat MikTam Yah, bentong yang dimasukkan kehospital 4 hari yang lalu akibat tekanan darah tinggi. Alhamdullilah, aku sempat membantu menguruskan beliau keluar dari hospital. MikTam mendapat penyakit yang sama dengan abah yakni darah tinggi, lemah jantung dan berkemungkinan gout. Ubat-ubatan yang dibekalkan hampir sama dengan yang di makan oleh abah.

Semalam aku baru melawat PikTam Rani suami isteri. Kedua-duanya kelihatan uzur sekali. Di beritahu sudah hampir seminggu mereka demam dan lemah badan. Ku hanya mampu mendoakan agar mereka berdua lekas sembuh.

Hari rabu sebelumnya, aku membuat kerja gila. Berpakat dengan abang untuk membawa mak dan abah ke KL, lebih tepat rumah Mak Ngah Norehan untuk berbuka puasa semata-mata. Segalanya kerana nenek, ngah, bahkan chu juga merancang untuk berbuka puasa di sana. Habis berbuka, kami terus kembali ke Temerloh. Dan hari ini, mak mengajak aku membuat kerja gila dengan berbuka puasa ke Kuantan pula. Aku tak tahu apakah aku akan menuruti permintaannya.

Tentang kerja, stesen ku sudah menampakkan rupa, Dinding telah dibina dan insyaallah bumbung stesen akan dipasang dalam minggu hadapan. Pemasangan paip juga akan dilakukan dalam masa yang sama.

Aku kini sedang sibuk merancang percutian tenaga kerja, samada ke Medan ( permintaan bos ) atau Bali ( permintaan rakan sekerja termasuk aku ) pada bulan Oktober nanti. Miss Chong telah pun menghubungi aku untuk membuat tempahan. Aku meminta tempoh sehingga isnin depan.

Rasanya setakat ini sahaja catatan aku pada pagi ini. Semuga umurku masih panjang untuk meneruskan di masa hadapan, insyaallah.

Tiada ulasan: