Assalamualaikum...wbt.
Sepanjang 15 tahun aku bekerja, pekerjaan aku telah membawa aku ke seluruh Semenanjung, Kuching dan Miri, Sarawak, dan beberapa tempat di Sabah. Aku juga berkesempatan ke Singapura dan Indonesia ( Jakarta, Bandung, Surabaya dan Solo ). Dan hampir di semua tempat, aku mendapat pengalaman hidup yang baru, yang menjadikan aku lebih memahami siapa AKU.
Dan pada 16hb Julai lalu, aku mendapat pengalaman yang baru, yang lebih mengujakan. Aku telah diberikan peluang untuk ke Jerman. Walaupun, hanya 4hari dan hanya ke satu bandar ( Freisburg ), namun ia tetap satu pengalaman yang menarik dan berbeza.
Perjalanan aku bermula di KLIA, dengan menaiki pesawat Thai Airways ( Alhamdullilah, mereka menyediakan menu makanan muslim ), penerbangan ke Bangkok mengambil masa 2 setengah jam. Aku kemudiannya transit di Bangkok, selama 3 jam sebelum meneruskan penerbangan ke Zurich, Swiss selama 12 jam. Kemudiannya menyambung perjalanan ke Freisburg menaiki kereta selama 2 setengah jam lagi. Buat pertama kali, aku membuat pengembaraan yang terlalu melelahkan. Sayangnya, pasport kini tidak dicop, untuk dijadikan bukti perjalanan.
Dengan perbezaan matawang Euro, dengan Ringgit Malaysia, perjalanan ini lebih kepada makan angin dari melancong. Bayangkan, aku menukarkan RM1006.60 hanya untuk mendapatkan Euro 195. Dan dengan harga sebatang pen, Euro 2. yakni RM10, apakah yang aku mampu beli. Apapun cukuplah gambar-gambar sebagai kenangan.
Apa yang memeranjatkan adalah di Freisburg, pejalan kaki dan penunggang basikal adalah raja di jalanan. Di hadapan mata ku, aku melihat bas dan lori membuat brek mengejut semata-mata basikal melintas jalan dengan lajunya tanpa memandang kiri dan kanan..... huh! kalau di Malaysia, memang dah arwah penunggang basikal tersebut.
Suasana di sini memang berbeza sama sekali dengan Malaysia. Aku merayau-rayau di waktu malam tanpa sebarang perasaan takut. Di sini aku dapat menyaksikan kumpulan-kumpulan anak-anak muda berkumpul sesama mereka si sepanjang jalan. Skin head, punk, metal dan pelbagai lagi.. tapi yang paling memeranjatkan aku adalah sikap mereka. Apabila ada orang melintasi tempak 'lepak' mereka, mereka semua akan membuka jalan, memberikan laluan, tiada kata-kata kesat atau siulan. Juga tiada pandangan yang menakutkan. Sama sekali berbeza dengan Petaling Street, Pasar Seni ataupun Bangsar.
Suasana juga nyaman di sini, mungkin kerana terletak di kawasan pergunungan, berhampiran 'Black Forest' dan juga baru selesai musim sejuk.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan