Assalamualaikum....wbt.
Sehari berlalu, usia bertambah. Di doakan aku terus tabah. Lagi seminggu kita akan menyambut hari kemerdekaan MALAYSIA yang ke 51. Dan yang paling penting, sehari selepasnya kita menyambut bulan RAMADHAN yang mulia.
Aktiviti di hari Merdeka??? Entahlah, aku pun tak pasti lagi. Temerloh nampaknya sama seperti tahun-tahun sebelumnya, sunyi dan sepi. Kalau adapun, hanya perhimpunan di Mini Stadium, yang disertai ( secara paksa kebanyakkannya ) oleh jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah. Lainnya, aku masih belum pasti. Ditempatku, aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan surau dan surau itu sendiri sempena bulan Ramadhan, dan memasang bangsal untuk bazar ramadhan. Telah ditetapkan bahawa PEMUDA akan turut bersama menjayakan aktiviti ini, aku mendoakan ramai PEMUDA akan muncul di pagi tersebut. Insyaallah.
Hari ini, aku hanya memantau kerja-kerja pembinaan 'power house' di 'site'. Kemudiannya berjumpa Pengurus Daerah TNB untuk menyelesaikan satu masalah. Itu sahaja. Tiada yang mahu diceritakan. Mungkin di hari esok? Sekali lagi Insyaallah. Semuga umurku masih panjang sehari lagi. Amin.
p/s: Ipin telahpun memasang bendera pada petang tadi dan bukannya hari esok. Dan sekarang aku tengah memikir apa yang hendak dicakapkan pada Pemuda yang hadir petang esok.
Novel ketiga trilogi 'Bagaikan Puteri' yang berjudul 'Hijab Sang Pencinta' karya Ramlee Awang Murshid telah dilancarkan semalam. Dan esok, aku perlu mencarinya di Saujana.
1 ulasan:
Tahniah Koy.. semoga blog anda akan dpt memberi sedikit sebanyak manafaat untuk masyarakat. Amin
Catat Ulasan