Alhamdulillah, bertemu lagi selepas seminggu. Satu minggu yang panjang dan agak sibuk. Dengan dateline projek yang terlewat, beberapa masalah yang melanda pada pepasangan talian voltan tinggi, jadual penghantaran mesin dari jerman yang tidak menentu. Aduh, sememangnya minggu ini merupakan minggu yang menyakitkan kepala. Migrainku menyerang 2 hari berturut-turut dalam minggu ini.
Malam ini merupakan malam merdeka. Di mana aku menyambut?? Macam biasa, di depan kaca tv. Malas rasanya mahu mengadap traffic jem di temerloh ini, di samping jemu dengan penyediaan aktiviti. Belum lagi dengan adegan kejar-mengejar di antara polis dengan mat-mat rempit. Aktiviti di temerloh?? Hanya karnival temerloh yang lebih banyak khemah dari penjual dan pengunjung, dan artis jemputan yang hanya orang yang menjemput mengenali. Laungan merdeka dari VIP yang terpaksa juga datang walaupun hati kalau boleh nak berada bersama PM di Dataran Merdeka.
Esok ada aktiviti gotong royong membersihkan surau dan sekitar, serta membina bangsal baazar ramadhan. Berapa ramai pemuda menyertai, aku pun tertanya-tanya. Apa-apa pun, petang tadi kontraktor telah menghantar pasir, simen dan batu bata dan dilambakkan di hadapan surau. Di mana nak dibina bangsal baazar, aku pun tak tahu.
Dan sebelum aku terlupa, satu hari lagi sebelum memasuki bulan ramadhan ( bulan puasa ). Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan iman dan fizikal untuk ku menempuh dugaanMu sepanjang Ramadhan ini. Amin.
Dan kepada semua, aku mengucapkan:;
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
Dan semuga catatan ini dapat diteruskan sepanjang bulan ramadhan ini.
Insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan