Khamis, 21 Ogos 2008

minggu yang sibuk

Assalamualaikum...wbt.

Alhamdullilah, usiaku masih panjang untuk meneruskan catatan ini. Satu minggu yang panjang dan melelahkan. Baru balik dari kampung, untuk menyelesaikan lawatan pegawai risda ke tanah tanaman semula getah ibu. Dan kali ini, tidak seperti pegawai lainnya, aku mendapat ilmu yang bermanafaat sekali. Tentang bagaimana untuk mengenal penyakit akar, masalah kulat pokok, cara dan teknik membaja dan cantasan dan jenis baja dan racun yang sesuai untuk tanaman ini. Hari yang berbaloi walaupun penatnya tidak terkata.

Sehari sebelumnya, aku secara rasmi menjadi setiausaha pemuda cawangan ( sebenarnya penolong setiausaha (pemuda ) cawangan ). Jawatan yang tidak ku pinta. Tetapi apabila mengenangkan segala idea yang ingin ku lakukan untuk pemuda di tempatku, maka sekiranya aku menolak, tak usahlah aku berangan-angan untuk melakukan perubahan. Kini harapanku, pemuda akan menyahut permintaan aku.

Alhamdullilah, hampir kebanyakkan ajk adalah orang baru, penuh dengan idea-idea segar dan berguna. Cuma aku mengingatkan mereka supaya memulakan langkah kecil dahulu, sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini. Aku mahu memastikan semua ahli bersatu dan bersama-sama menjayakan aktiviti dirancang terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai isu-isu besar.

Dan hari ini, aku diberitahu pemuda yang mahu memasuki parti telah terkumpul sebanyak 42orang. Satu jumlah yang mengagumkan untuk tempoh kempen 2minggu. Timbalan KP bercadang untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 100orang memandangkan masih ramai yang belum didekati. Alhamdullilah sekali lagi, perangcangan pertama hampir menampakkan hasil.

Untuk aktiviti kedua, kami akan mengibarkan jalur gemilang pada petang jumaat nanti. Dan pemuda akan berkhidmat di 2 kenduri kahwin dalam minggu ini. Aku hanya mampu berdoa agar ramai akan menyertainya.\

Catatan ini berakhir di sini untuk sementara waktu. Semuga aku akan terus menemui kesempatan untuk memanjangkannya, insyaallah.

Tiada ulasan: