Jumaat, 15 Ogos 2008

sehari lagi

Assalamualikum.....wbt

Bertemu lagi, satu minggu yang sangat sibuk. Vice President Bank datang melawat tapak projek yang aku jaga. Pening juga bila orang besar datang, akauntan lagi. Terlalu banyak soalan dan penerangan yang perlu diberikan. Apatah lagi, projek aku adalah satu-satunya projek yang berjaya dilaksanakan di bawah program ini. Alhamdullilah... walaupun terdapat kelewatan namun masih dalam masa yang dibenarkan.

Site meeting juga dilakukan dalam minggu ini. Dan macam biasa , ianya hanya selesai pada lewat petang. Masalah tetap muncul dan mengatasinya di bahu aku.

Dan, esok bos aku akan ke sini lagi. Kali ini untuk berjumpa JD JKR pula. dan macam biasa, aku menjadi pemandu peribadi beliau. Memang letih. Di tambah pula, orang orang taman semuanya berebut untuk mengadakan majlis doa selamat sebelum ramadhan. Maka jadilah aku seperti pelari ganti-ganti, dari temerloh ke bentong dan sebaliknya, hampir setiap hari.

Mungkin ini dugaan bila aku bertekad mahu berbakti kepada orang tua. Ya Allah, berikan lah hambamu ini kekuatan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik. Amin.

semuga berjumpa di lain hari. Insyaalah...

Tiada ulasan: