Assalamualaikum...wbt.
Usia bertambah lagi, dan alhamdullilah, aku masih boleh menulis lagi. Semuga hari-hari mendatang juga, aku masih mampu menulis dan meluahkan apa yang ku rasa.
Hari ini merupakan hari yang paling sibuk, paginya mengeluarkan perkakas yang diperlukan untuk kenduri doa selamat malam nanti. Tengaharinya pula aku ke rumah wahab untuk kenduri perkahwinan safuan. Dan seperti biasa, menjadi kepala tukang basuh pinggan. Alhamdullilah, Anas banyak membantu. Pemuda-pemuda agak ramai, tetapi duduk di dalam group tersendiri. Aku tertanya-tanya, bila pemuda boleh berkerjasama atau sekurang-kurangnya boleh duduk semeja dengan orang-orang tua.??....
Dan petangnya, kembali menyiapkan peralatan kenduri yang lain. Sekali lagi alhamdulillah, seorang dari adikku sudah sampai. Semua kerja-kerja yang melibatkan pengangkutan dan bahagian air, aku serahkan kepadanya. Melayan makcik-makcik yang datang memasak sememangnya sudah menjadi trade mark aku di sini, dan kerja yang paling aku benci sekali, mengosongkan ruang tamu untuk dijadikan tempat sembahyang. Meja makan dan kerusi di rumahku, jangan dikata. Beratnya membunuh.
Keadaan bertambah kelam-kabut apabila hujan turun dengan lebatnya. Sehingga jam 6 petang, tidak ramai makcik yang datang. Aku dan adik terpaksa membantu di dapur, membersihkan ayam yang di beli sebelumnya.
Alhamdullilah, hujan berhenti sebelum maghrib. Dan alhamdullilah juga, rumahku penuh dengan jemaah. Dan alhamdullilah sekali lagi, ramai yang datang selepasnya. Termasuk pemuda-pemuda. Dan aku selesai mengemaskan apa yang patut sebentar tadi sebelum melayari blog ini.
Di tempat kenduri tadi, aku dimaklumkan oleh ketua pemuda bahawa gotong royong membersihkan surau pada 31hb8 nanti, juga melibatkan kerja-kerja mengecat luaran surau, dan selepas raya, satu rombongan 2 bas akan diadakan untuk pemuda. Lawatan ke Kementerian Belia dan Sukan, Puterajaya dan MARA.
Aku juga diminta menulis surat kepada setiausaha cawangan berkenaan peruntukan untuk membina stor pemuda dan kerja-kerja baik pulih padang bola. Difahamkan peruntukan telah diluluskan, dan aku harus memastikan pekara tersebut.
Sampai di sini dulu, pada hari ini. Catatan ini akan di sambung sebaik sahaja aku mempunyai kesempatan. Insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan