Jumaat, 19 Mac 2010

Entiti #1

Lokasi/taun : Sg. Gebul, Kuala Kangsar / 1997

Aku ni dulu keje repair mesin mini hidro, sume 2 kat dlm utan. Citer ni waktu aku nak repair mesin kat Sg. Gebul, KKangsar. MAsuk berdua pakai SJ 413. Nak sampai stesen kena redah sg 2 dulu.

Siap repair, dlm kul 5 lebih ( ptg ), ari pun dah gelap cam nak ujan. Kome pun kuar n bawak keta lintas sg 2 (sg xbesar, 4biji kembara berbaris jer). Ntah mcmmana member aku bawak, keta dah sangkut. Tul2 tgh sg sebelah air terjun. Mcm2 dah cuba, xleh lepas gak. MAka kome buat keputusan, 1org kena kuar mintak tlg, 1org lg tunggu keta, takut hanyut bawak dek air.

Sbb aku dah mmg terlebih comel, aku pilih tunggu. Member aku lak jalan kaki kuar ( + - 6km lalu utan ). Memula aku pakat duk lepak atas bonet dpn, sambil mencemarkan kualiti udara. Aku ingat2 dlm kul 6ptg, tetiba aku dengar bunyi air memercik. Aku toleh kiri kanan xnampak apa2. Lepak lg. Rokok dah brape btg tah xingat.

Aku dgr bunyi air mercik lg, lg jelas. Bunyi kat batu hampar sebelah lubuk air terjun. Aku tgk tul2, aku nampak air mercik ke atas, lebih kurang mcm korang kaut air mandi kat sg la. Tp aku xnampak org. Nampak air 2 jer cam ada org mandi kat c2 ( batu hampar tu pun basah cam ada org tgh mandi ). Apalg, aku dgn kompidennya, turun n jln naik ke darat. Capai handset ( walaupun aku tau dia tulis 'no service') dan stat call sapa2 dlm address book.Ada la dlm 15min gitu. Sat2 aku jenguk, nampak air mercik lg. Tipon lg.

Member aku dtg balik naik motor ngan org kampung. Reramai kitaorg tarik keta naik atas, alhamdullilah keta xapa2. Kome trus kuar la. Sampai luar, member aku stop kat gerai tepi jln, pekena kopi.

Tetiba member aku tanya, 'ngko xde jumpa atau nampak atau dengar apa2 ker wak2 tunggu tadi??' Aku tanya ngape.
Dia cakap, sepanjang dia jln, dia dengar bunyi org jln dlm semak sebelah kiri, blakang ckit dr dia. Bila dia brenti, bunyi org jalan 2 brenti. Bila dia jln laju, bunyi 2 pon ngikut laju. bila jln pelan, bunyi 2 pon pelan gak. Aku pun citer gak apa yg aku nampak. Lepas minum, kitaorg trus blah balik KL.

Tiada ulasan: