Citer kali ni khas utk ngko Pioneer ; xde kena mengena ngan mini hidro. Enjoy.
Lokasi / Taun : Bkt Fraser, Pahang / 1995
Korang pernah g Bkt. Fraser tak? Korang tau tak kebanyakkan banglo kat atas sana dinamakan ikut daerah kat Pahang ni? Ada banglo Temerloh ( steak house ), Pekan, Rompin, Jerantut dll. Dan yg pernah naik Bkt Fraser, korang mesti tau yg kat atas ni xde apa2 kecuali kaki golf n pengantin baru ( ni promote nih, Pioneer ).
Aku dulu, pernah keje kat Fraser Pine Resort, agak jauh dr pusat bandar ( errr... boleh laaa...)@ umah sewa aku ( dpn balai polis ). Pegi balik keje ada van angkut, tapi aku kekadang kena balik lewat, kalu ada function laa.. Bawak motor cabuk kawan aku. Top Speed 95km ( turun bukit ), jln biasa 50jer. Kalu naik bukit, silap2 kena masuk 4wheel drive.
Kalu dr bandar nak g Pine Resort ni, ada dua jln. 1 ikut jln datar ( tp kena lalu tmpt berkumpul geng anjing n b*#@ )melepasi tempat kuda dan unah KTM. Banyak dah kes kena gigit kat cni. 1 lg ikut bukit, dkt ckit la. Kena lalu Banglo Temerloh nuju ke simpang banglo jerantut seblom jumpa umah KTM. Tul2 kat simpang nak g banglo Jerantut tu, ada sebuah umah tinggal, dok atas bukit. Lama dah, sejak zaman omputeh lg.
Umah tinggal ni lak banyak citernye. Nak tolak bg runtuk, bulldozer xmau jln, sat2 mati. Esok lusa, drebar dia lak yg jln. Kekadang org nampak pompuan mat saleh kat c2 dan banyak lg la citer yg kalu korang dengar, korang mesti melopong bukak mulut kerana kagum atas terrernyer org kat atas ni jd penglipur lara.Jd umah ni xpernah la ada org dok, sampai semak samun.
Satu lg nak bgtau, hampir sume jln kat Bkt ni, lalu gaung. Korang silap drift, korang ter76.
Nak dijadikan citer, ada satu mlm tu, aku kena balik lewat, sbb anak bini JEneral kita, nak nyanyi karaoke. Lepas dema sume ilang suara dan aku dah kemas peralatan, dah kul 1.30pg. Aku pun capai helmet dan tunggang la motor nak balik.
Sbb dah lewat sgt, aku ikut jln bukit. Nak ikut jln bawah, skrg ni si belalai pendek tengah rancak berdisco, mati aku kang kena steamroll. Bkn senang nak samak ni, tau tak?
Mlm ( errrr.. pagi ) tu mmg cantik. Terang bulan mengambang penuh. Maka aku dgn tenangnya, stat motor dan tunggang.
Turun bkt 90kmj, Naik bkt KTM dah 50kmj, makin lama maki slow ( bkt tu tinggi nak sampai kat simpang umah hantu tu ), tapi xsampai 4WD lg. Tgh syok2 layan selekoh, tetiba jer jalan tu dipenuhi kabus. Putih pekat, cam pej kesihatan tgh sembor nyamuk. Punyer la banyak kabus, dlm sekelip mata jer, jgn ke nak nampak jln, telinga aku pun, aku dah xnampak dah.
Naluri aku ( ala... cam spiderman tu.. ) mengatakan BREK! Dan otak aku pun terus tekan brek kaki dan tangan ( terlupa jap, motor tu aku rasa dah bertaun xpernah tuko brek pad ). Bila motor yg dah mmg pelan 2 xmao brenti gak, maka foot brek pun terpaksalah ditekan ( ke jln ) dgn kuat.
Maka, berdiri lah aku sambil mengangkang-kan motor sorang2 dlm kabus pekat tuh. Dengan pelan, aku turun dr motor ( tgn x lepas dr handle, jatuh kang pueh lak aku nak meraba ). Aku meraba dalm kabus tu pakai kaki aku, sambil menyeret motor. Baru 5langkah (kecik), kaki aku dah jumpa gaung. Mmg ngam2 aku brek, kalu idak arwah aku. ( Terima kasih utk super power aku nih )
Aku mula memikir, nak jln trus ke nak tunggu jer kat c2. Badan dah rasa seram sejuk dah ni. Seram - pasai bunyi anjing melolong makin kuat dan mcm makin dkt jerr.. Sejuk - "errr... cuba korang dtg cni kul 2 pg, nengok sejuk ke idak.Suhu kat cni mmg sesuai utk pengantik baru cam Pioneer 2.
Aku amik keputusan nak jln trus. Sekarang korang cuba pejamkan mata ( lepas baca ni sampai abis la, jgn la ni gak ), bayangkan korang sedang pegang dua-dua handle motor pakai dua2 tangan korang, jln gostan sambil narik motor 2. Kaki melangkah satu2, sambil melangkah 2, meraba2 gak la cari tanah. Dah dpt bayang, betapa mr. bean nyer korang..
Gitu ler kelaku aku, utk tempoh aku rasa hampir 30 min. Bunyi anjing lak cam dekat jer... seolah-olah ade je kat blakang. Dlm tgh meraba2 tu, secara tetiba gak, kabus tu ilang. Sekelip mata. Xde kesan langsung. Aku tgk keliling, dan perasan aku betul-betul kat simpang jln ke Banglo Jerantut. Bermakna....
Aku dongak kepala aku katas, rumah antu tul2 atas bkt. Dlm tercengang tu, aku rasa cam nampak pompuan mat saleh tgh berdiri kat balkoni umah sambil tersenyum kat aku. Aku apa lg, trus melompat atas motor dan meluncur turun bkt. ( Apa? korang ingat aku nak senyum balik ke??? ) Stat motor pakai gear jer dah. Aku pulas tali minyak tu sampai abis, xingat dah kelajuan mak. dia 50jer.. Juga xingat jln turun bkt ni same je selekoh mautnya.
Aku cume nak sampai umah, tukar baju, naik ke loteng n tarik toto aku penuh 1 badan. Nasib baik esok aku mmg dah cuti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan