Selasa, 23 Mac 2010

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #23

Alhamdulillah... korang dah selamat melalui jambatan. Dan selepas nih, dihadapan korang, terbentang jalan tanah merah ( lebih dikenali dgn jalan balak ). Ngaper jalan nih dibagi nama jalan balak???

1. Sebab jalan nih memang asalnyer diguna dek org yg bawak kuar balak. Hahahaha... Kebanyakkan jalan utk off-road mmg asal jalan balak... tetapi ader gak org wat off-road kat tempat yg memang xder jalan langsung.

2. Sebab jalan nih xdpt sebarang peruntukan, baik dari JKR Persekutuan, JKR Negeri, Malis Perbandaran atau dari mana-mana pihak ( kecuali tokey balak laaa.... atau dlm kes kerling, tokey mini hidro kat atas nuuu... hahahaha... ) utk buat penyelangaraan jalan. Jadi faham-faham jer lah, camner keadaan jalan tuh. ( Alaaa... kut kat kl pun, yg dpt peruntukan juta-juta... jalan berlubang besor jugak kan.. kan.. )

Korang gerakkan jer kembara korang cam besa. Tak der aper yg pelik pun yang korang nak wat. Masuk gear dan tekan minyak bagi kembara tuh gerak . Tapi INGAT!! Kelajuan maksimun korang hanyalah pada 40km/j, KALAU KORANG DAH 'ON' SUIS DIFFIRENTIAL TUH UNTUK 4LOW MODE, KELAJUAN KORANG HANYALAH PADA 20KM/J. JANGAN SESEKALI KORANG MELEBIHI HAD LAJU NIH, KALAU KORANG TAK MAO KEMBARA KORANG MASUK BENGKEL YET.

Secara asas, laluan kerling nih, idakler terlalu teruk... kecuali di musim tengkujuh. Cumer di sepanjang laluan nih, terdapat banyak batu yang timbul di permukaan jalan. Jadi, berhati-hati dalam pemanduan. Cuba elakkan sebaik mungkin ( kiranyer boleh ) batu-batu yang bertaburan tuh, tapi...

INGAT!! Bila aku kata elakkan batu.. maksud aku elakan batu tuh ke kiri atau kanan kembara korang. Jangan sekali-kali ( kecuali terpaksa ) korang elakkan batu tuh dengan melintasinyer. Maksud aku, tidak pada bila-bila masa, korang gi biarkan batu tuh berada betul-betul di bawah kembara korang.

KENAPA?? Aku ingatkan korang, bahawa kebanyakkan peralatan penting kembara korang duk kat belah bawah aaa.... Gearbox depan kat belah kiri, Gearbox blakang kat belah tengah dan tangki minyak kat belah kanan.

Ketika nak melintasi batu yang bersepah tuh, adakah korang gi ukur satu-satu ketinggian batu tuh dari aras jalan?? Tak der kan?? Jadi, macamana korang tau ntah-ntah batu tuh akan tersangkut kat bawah?? Dan merosakkan 3 peralatan penting tuh... kang tak pasai-pasai meleleh jer minyak kat tanah.. hahaha....

Dan, andainyer korang dah xleh ngelak lagi dah, maka... lalulan dengan kelajuan yang teramat la amat perlahan. Jadi, kala batu tuh tersangkut ngan kembara korang pun, ia tidak akan menyebabkan kerosakan. Cumer kembara korang terhenti jer laa.. silap-silap... mati enjin trus.. hhehehe...

Tiada ulasan: