Bagi kebanyaakan keadaan, kita perlukan seorang 'pilot' utk mengarahkan haluan kembara kita. Antara keadaan di mana 'pilot' diperlukan adalah.. ketika melalui jambatan, melalui jalan sempit, jalan rosak, menaiki bukit yg ader halangan... dan ketika melintasi sungai.... Banyak lagi laa... keadaan di mana kita perlu mempercayai org lain.
Apakah dier 'pilot'?
'Pilot' nih adalah seorang kawan yg akan berdiri dihadapan halangan tersebut... memerhati haluan kembara korang. Dier akan mempastikan, bahawa haluan korang tidak terganggu... memberikan amaran kala ader sesuatu yg tak kena dengan laluan sewaktu korang melaluinyer.
Selalunyer, 'pilot' akan memberikan arahan menggunakan isyarat tangan ( nih kena amik video nanti... ) utk mengarahkan korang memusing stereng ke kiri atau kanan, brek, memperlahankan atau melajukan kelajuan kembara. Pilot akan melihat keadaan dimana korang yg duduk kat 'seat' pemandu tak dapat tengok, jadi... korang kena percaya ngan 'pilot' nih.
Jangan bimbang, walaupun 'pilot' nih tak braper ngam ngan korang... dier tak kan wat benda yg akan menyusahkan dier gak... hahahahaha...
Dan kala korang ader radio.. maka arahan akan diberikan melalui radio.... tak perlu pertikaikan arahan... atau sibuk nak tengok jalan... Mata korang lekat kat 'pilot'tuh jer... perhatikan arahan tangan yang diberikan dan pusing stering atau tekan pedal minyak / brek seperti yang diarahkan....
p/s: Hanya ada satu 'pilot' sahaja pada satu-satu masa... Jgn hiraukan orang lain yang nyibuk... kat depan tuh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan