Selasa, 23 Mac 2010

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #25

Sebelum tuh, aku lupa lak nak bagi tau, kala korang masuk off-road lebih dari satu kenderaan, pastikan yg korang jaga jarak korang...

Kala waktu konvoi atas jalan raya... jarak antara kenderaan hadapan dengan kenderaan korang... leh masuk satu keta.

Kat dalam nih lak... jarakkan luas lagi... sampai leh masuk 3 keta. Jangan bimbang... org kat depan akan tetap tunggu korang nyer.. kala jumpa simpang kat dalam utan tuh...

Kenapa nak bagi jarak jauh amat nih??
Bukan hapa... hanya sebagai langkah persediaan jer...

1. Andainyer kenderaan di hadapan wat brek ngejut... ( mungkin pasai nak ngelakkan belalai pendek ataupun ternampak tuan puteri kat tengah jalan ) idak ler dengan korang skali gi tekan brek ngejut gak. Ingat!! seblom nih aku dah bgtau.. kala kat dalam off-road nih.. cuba elakkan buat brek mengejut kerana ia akan menyebabkan tayar kembara korang terkunci. Bahaya tuh....

2. Supaya skop pandangan korang akan lebih luas lagi... idak ler nampak buntut kembara rakan di depan tuh jer... bukan lawo pun.. hahahaha.... Dengan jarak nih, korang boleh nampak jalan yang dilalui oleh rakan terdahulu, dan sempat membuat keputusan akan laluan yang hendak korang gunakan..

3. Untuk mengelakkan kembara korang menjadi brek tambahan ( kena hentam dari depan laaa... ) kalau kenderaan di hadapan tergelincir ke belakang sewaktu mendaki bukit.

4. Untuk mengelakkan korang menjadikan kenderaan di hadapan menjadi brek tambahan ( korang lak yang gi hentam dari belakang ) pasai tergelincir waktu nak menuruni bukit.

5. Dah jalan buruk... idak ler nanti cermin korang terkena batu yang terpelanting akibat disentak dek tayor kenderaan di hadapan.

6. Untuk mengelakkan korang gi ngentam kenderaan dihadapan yang tetiba swing / berpusing akibat jalan licin, atau org blakang korang menlanggor korang yang swing.

7. Korang masuk utan pasai nak menikmati perjalanan kan... bukan nak hidu asap dari kenderaan hadapan ( korang dah mmg ari-ari bau asap ekzos nih kala kat bando )... jadi nikmati ler keindahan alam... dan kesegaran hutan.

Tiada ulasan: