Isnin, 22 Mac 2010

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #9

AMBIL SELEKOH / BELOKAN ( TAKING TURN )

Seblom aper-aper, aku cumer nak ingatkan korang, KEMBARA adalah FULL TIME 4WD. Dengan pusat graviti ( center of Gravity ) yg tinggi. Jangan sesekali layan kembara korang cam korang layan kancil atau RX7.

Dalam keadaan biasa, KEMBARA berada dalam kedudukan nisbah 7.5 : 2.5
bermaksud :
1. Dua tayar belakang mendapat 75% dari kuasa enjin.
2. Dua tayar depan mendapat 25% dari kuasa enjin.

Ketika suis LOW ditekan ( lampu hijau 4 tayar nyala ), nisbah ratio ini bertukar ker 5:5..
bermaksud : keempat-empat tayar mendapat kuasa yg sama dari enjin.

sehingga sekarang ini, aku masih lum pasti kut aku nyer Ex DVVT nih ader slip diffrential... tp memandangkan saiz KEMBARA nih, dan sepanjang bawak kat dlm utan nih.. aku mengandaikan ia tidak dilengkapkan dengan Limited Slip Differential nih.... Tetapi ader gak dlm forum yg mengatakan bahawa KEMBARA dilengkapi dengan LSD ( KTC ).

Limited Slip Differential ( LSD ) adalah satu peralatan yg akan mengubah ratio kuasa yg dihantar kepada ke empat-empat tayar. LSD akan mengurangkan kuasa yg dihantar kepada tayar yg mempunyai kurang cengkaman dan menghantarkan kuasa tadi kepada tayar yg mempunyai lebih cengkaman.

Contoh : Sekiranya korang melintasi lubang... salah satu tayar akan tergantung. Bagi kenderaan yg tidak mempunyai LSD, tayar yg tergantung ini akan tetap berpusing dengan kuasa yg sama dengan tayar yg melekap kat atas jalan.
Bagi kenderaan yg memiliki LSD, tayar yg tergantung ini, tidak akan berpusing kerana kuasa dari enjin akan dibahagikan kepada tiga tayar lain yg melekap kat atas jalan. Ini sepatutnya akan membantu korang utk keluar dari lubang tersebut.

Oleh kerana 'FULL TIME 4WD' inilah, (walau dalam keadaan suis LOW on atau off, atau dilengkapi LSD atau tidak ), korang tidak boleh mengambil selekoh melebihi 30* pada kelajuan tinggi. Mungkin ader yg perasan, KEMBARA mempunyai kecenderungan utk melakukan 'drift' ketika mengambil selekoh begini. ( Boleh dibuktikan sendiri dengan melalui Jalan Raub - Bkt Fraser ).
Keadaan 'drift' ini terjadi kerana tayar hadapan yg disebelah dalam sewaktu mengambil selekoh mengalami tekanan yg terlalu tinggi. Sekiranya dilakukan terlalu kerap, maka kerosakan pada 'dry shaft' akan dan boleh berlaku. 'Drift' yg tidak dirancang ini juga, akan boleh menyebabkan kemalangan.

Selain dari masalah 'FULL TIME 4WD', pusat graviti ( center of gravity ) KEMBARA boleh dikatakan tinggi.
Rules of Thumb : Lagi tinggi 'center of graviy', maka lagi kurang kestabilan kenderaan anda. ( Aplikasi utk semua kenderaan darat ).

Apabila kedua-dua keadaan ini ( FULL TIME 4WD dan pusat graviti tinggi ) digabungkan dalam satu masa, korang boleh faham mengapa KEMBARA selalu mengalami keadaan terlebih belokan 'Over Steer'.

JANGAN BIMBANG!! INI BUKAN KEKURANGAN. BOLEH DIKATAKAN HAMPIR SEMUA KENDERAAN 4X4 MENGALAMI KEADAAN INI

Semua kenderaan 4x4 dibentuk tidak untuk kelajuan, tetapi untuk kelasakan.

Satu kelebihan 'FULL TIME 4WD + Center of Gravity High' ini ialah, dalam keadaan perlahan atau tidak bergerak, tayar hadapan boleh dipusing menghampiri 45*. Ini membolehkan KEMBARA korang melakukan '3 pointer' dengan mudah sewaktu berada di jalan yg sempit. Ia juga membenarkan korang melalui jalan 'OFF-ROAD'

Tiada ulasan: