Selasa, 23 Mac 2010

Offroad to Kerling 141109

Nih gambor-gambor waktu aku masuk utan kat kerling taun lepas.. hehehehe... maaf.. lambat post kat dlm nih... tapi aku tak bawok kembara waktu nih... hahahaha...

From kerling off-road 141109

From kerling off-road 141109

From kerling off-road 141109

From kerling off-road 141109

From kerling off-road 141109

utk lebih gambor lagi... g klik kat link bawah gambor tuh... Maleh aku letak bebanyak... kang tergantung lak blog aku nih... hehehehe....

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #25

Sebelum tuh, aku lupa lak nak bagi tau, kala korang masuk off-road lebih dari satu kenderaan, pastikan yg korang jaga jarak korang...

Kala waktu konvoi atas jalan raya... jarak antara kenderaan hadapan dengan kenderaan korang... leh masuk satu keta.

Kat dalam nih lak... jarakkan luas lagi... sampai leh masuk 3 keta. Jangan bimbang... org kat depan akan tetap tunggu korang nyer.. kala jumpa simpang kat dalam utan tuh...

Kenapa nak bagi jarak jauh amat nih??
Bukan hapa... hanya sebagai langkah persediaan jer...

1. Andainyer kenderaan di hadapan wat brek ngejut... ( mungkin pasai nak ngelakkan belalai pendek ataupun ternampak tuan puteri kat tengah jalan ) idak ler dengan korang skali gi tekan brek ngejut gak. Ingat!! seblom nih aku dah bgtau.. kala kat dalam off-road nih.. cuba elakkan buat brek mengejut kerana ia akan menyebabkan tayar kembara korang terkunci. Bahaya tuh....

2. Supaya skop pandangan korang akan lebih luas lagi... idak ler nampak buntut kembara rakan di depan tuh jer... bukan lawo pun.. hahahaha.... Dengan jarak nih, korang boleh nampak jalan yang dilalui oleh rakan terdahulu, dan sempat membuat keputusan akan laluan yang hendak korang gunakan..

3. Untuk mengelakkan kembara korang menjadi brek tambahan ( kena hentam dari depan laaa... ) kalau kenderaan di hadapan tergelincir ke belakang sewaktu mendaki bukit.

4. Untuk mengelakkan korang menjadikan kenderaan di hadapan menjadi brek tambahan ( korang lak yang gi hentam dari belakang ) pasai tergelincir waktu nak menuruni bukit.

5. Dah jalan buruk... idak ler nanti cermin korang terkena batu yang terpelanting akibat disentak dek tayor kenderaan di hadapan.

6. Untuk mengelakkan korang gi ngentam kenderaan dihadapan yang tetiba swing / berpusing akibat jalan licin, atau org blakang korang menlanggor korang yang swing.

7. Korang masuk utan pasai nak menikmati perjalanan kan... bukan nak hidu asap dari kenderaan hadapan ( korang dah mmg ari-ari bau asap ekzos nih kala kat bando )... jadi nikmati ler keindahan alam... dan kesegaran hutan.

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #24

Sebelum tuh, aku lupa lak nak bagi tau, kala korang masuk off-road lebih dari satu kenderaan, pastikan yg korang jaga jarak korang...

Kala waktu konvoi atas jalan raya... jarak antara kenderaan hadapan dengan kenderaan korang... leh masuk satu keta.

Kat dalam nih lak... jarakkan luas lagi... sampai leh masuk 3 keta. Jangan bimbang... org kat depan akan tetap tunggu korang nyer.. kala jumpa simpang kat dalam utan tuh...

Kenapa nak bagi jarak jauh amat nih??
Bukan hapa... hanya sebagai langkah persediaan jer...

1. Andainyer kenderaan di hadapan wat brek ngejut... ( mungkin pasai nak ngelakkan belalai pendek ataupun ternampak tuan puteri kat tengah jalan ) idak ler dengan korang skali gi tekan brek ngejut gak. Ingat!! seblom nih aku dah bgtau.. kala kat dalam off-road nih.. cuba elakkan buat brek mengejut kerana ia akan menyebabkan tayar kembara korang terkunci. Bahaya tuh....

2. Supaya skop pandangan korang akan lebih luas lagi... idak ler nampak buntut kembara rakan di depan tuh jer... bukan lawo pun.. hahahaha.... Dengan jarak nih, korang boleh nampak jalan yang dilalui oleh rakan terdahulu, dan sempat membuat keputusan akan laluan yang hendak korang gunakan..

3. Untuk mengelakkan kembara korang menjadi brek tambahan ( kena hentam dari depan laaa... ) kalau kenderaan di hadapan tergelincir ke belakang sewaktu mendaki bukit.

4. Untuk mengelakkan korang menjadikan kenderaan di hadapan menjadi brek tambahan ( korang lak yang gi hentam dari belakang ) pasai tergelincir waktu nak menuruni bukit.

5. Dah jalan buruk... idak ler nanti cermin korang terkena batu yang terpelanting akibat disentak dek tayor kenderaan di hadapan.

6. Untuk mengelakkan korang gi ngentam kenderaan dihadapan yang tetiba swing / berpusing akibat jalan licin, atau org blakang korang menlanggor korang yang swing.

7. Korang masuk utan pasai nak menikmati perjalanan kan... bukan nak hidu asap dari kenderaan hadapan ( korang dah mmg ari-ari bau asap ekzos nih kala kat bando )... jadi nikmati ler keindahan alam... dan kesegaran hutan.

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #23

Alhamdulillah... korang dah selamat melalui jambatan. Dan selepas nih, dihadapan korang, terbentang jalan tanah merah ( lebih dikenali dgn jalan balak ). Ngaper jalan nih dibagi nama jalan balak???

1. Sebab jalan nih memang asalnyer diguna dek org yg bawak kuar balak. Hahahaha... Kebanyakkan jalan utk off-road mmg asal jalan balak... tetapi ader gak org wat off-road kat tempat yg memang xder jalan langsung.

2. Sebab jalan nih xdpt sebarang peruntukan, baik dari JKR Persekutuan, JKR Negeri, Malis Perbandaran atau dari mana-mana pihak ( kecuali tokey balak laaa.... atau dlm kes kerling, tokey mini hidro kat atas nuuu... hahahaha... ) utk buat penyelangaraan jalan. Jadi faham-faham jer lah, camner keadaan jalan tuh. ( Alaaa... kut kat kl pun, yg dpt peruntukan juta-juta... jalan berlubang besor jugak kan.. kan.. )

Korang gerakkan jer kembara korang cam besa. Tak der aper yg pelik pun yang korang nak wat. Masuk gear dan tekan minyak bagi kembara tuh gerak . Tapi INGAT!! Kelajuan maksimun korang hanyalah pada 40km/j, KALAU KORANG DAH 'ON' SUIS DIFFIRENTIAL TUH UNTUK 4LOW MODE, KELAJUAN KORANG HANYALAH PADA 20KM/J. JANGAN SESEKALI KORANG MELEBIHI HAD LAJU NIH, KALAU KORANG TAK MAO KEMBARA KORANG MASUK BENGKEL YET.

Secara asas, laluan kerling nih, idakler terlalu teruk... kecuali di musim tengkujuh. Cumer di sepanjang laluan nih, terdapat banyak batu yang timbul di permukaan jalan. Jadi, berhati-hati dalam pemanduan. Cuba elakkan sebaik mungkin ( kiranyer boleh ) batu-batu yang bertaburan tuh, tapi...

INGAT!! Bila aku kata elakkan batu.. maksud aku elakan batu tuh ke kiri atau kanan kembara korang. Jangan sekali-kali ( kecuali terpaksa ) korang elakkan batu tuh dengan melintasinyer. Maksud aku, tidak pada bila-bila masa, korang gi biarkan batu tuh berada betul-betul di bawah kembara korang.

KENAPA?? Aku ingatkan korang, bahawa kebanyakkan peralatan penting kembara korang duk kat belah bawah aaa.... Gearbox depan kat belah kiri, Gearbox blakang kat belah tengah dan tangki minyak kat belah kanan.

Ketika nak melintasi batu yang bersepah tuh, adakah korang gi ukur satu-satu ketinggian batu tuh dari aras jalan?? Tak der kan?? Jadi, macamana korang tau ntah-ntah batu tuh akan tersangkut kat bawah?? Dan merosakkan 3 peralatan penting tuh... kang tak pasai-pasai meleleh jer minyak kat tanah.. hahaha....

Dan, andainyer korang dah xleh ngelak lagi dah, maka... lalulan dengan kelajuan yang teramat la amat perlahan. Jadi, kala batu tuh tersangkut ngan kembara korang pun, ia tidak akan menyebabkan kerosakan. Cumer kembara korang terhenti jer laa.. silap-silap... mati enjin trus.. hhehehe...

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #22

Bagi kebanyaakan keadaan, kita perlukan seorang 'pilot' utk mengarahkan haluan kembara kita. Antara keadaan di mana 'pilot' diperlukan adalah.. ketika melalui jambatan, melalui jalan sempit, jalan rosak, menaiki bukit yg ader halangan... dan ketika melintasi sungai.... Banyak lagi laa... keadaan di mana kita perlu mempercayai org lain.

Apakah dier 'pilot'?
'Pilot' nih adalah seorang kawan yg akan berdiri dihadapan halangan tersebut... memerhati haluan kembara korang. Dier akan mempastikan, bahawa haluan korang tidak terganggu... memberikan amaran kala ader sesuatu yg tak kena dengan laluan sewaktu korang melaluinyer.

Selalunyer, 'pilot' akan memberikan arahan menggunakan isyarat tangan ( nih kena amik video nanti... ) utk mengarahkan korang memusing stereng ke kiri atau kanan, brek, memperlahankan atau melajukan kelajuan kembara. Pilot akan melihat keadaan dimana korang yg duduk kat 'seat' pemandu tak dapat tengok, jadi... korang kena percaya ngan 'pilot' nih.

Jangan bimbang, walaupun 'pilot' nih tak braper ngam ngan korang... dier tak kan wat benda yg akan menyusahkan dier gak... hahahahaha...

Dan kala korang ader radio.. maka arahan akan diberikan melalui radio.... tak perlu pertikaikan arahan... atau sibuk nak tengok jalan... Mata korang lekat kat 'pilot'tuh jer... perhatikan arahan tangan yang diberikan dan pusing stering atau tekan pedal minyak / brek seperti yang diarahkan....


p/s: Hanya ada satu 'pilot' sahaja pada satu-satu masa... Jgn hiraukan orang lain yang nyibuk... kat depan tuh...

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #21

Untuk mengelak kekeliruan... kita katakan ler... bahwa korang maleh nak ram enjin... jadi... korang dah 'on' suis 'differential'tuh awal-awal lagi... jadinyer.. kembara korang dah dlm mode low4x4.


Peraturan pertama kala korang nak lalu jambatan dlm utan... ingat.... 'better be safe then sorry' - errr... kala dlm base melayu... 'sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna'.

Jadi... jgn wat pandir... turun dulu... periksa jambatan tuh... molek lagi ker idak... kukuh ker... ader lubang ker....

Jambatan pertama Sg. Kerling nih... dibuat dari kayu balak... lama mat dah... dah uzur pun... Kemudian atas kayu nih.. disusun papan sebagai laluan tayor... dah berlubang pun... hahaha ( kena tutup ngan plet besi ).

Jangan malas... turun dan periksa keadaan jambatan tuh... pastikan ia masih mampu membawa berat kembara korang. Tgk papan landasan... mana ler tau, ader papan dah reput... ader lak paku terjonjol kuar... ( kalu ader.. cuba keluarkan... jgn tgk jer ). Dan kala ader lubang... pastikan dimana lubang tuh.. dan besor dier.... fikir cara logik... tayar kembara anda boleh lepas tak lubang tuh... atau kalau kawasan cukup luas utk mengelak...

Dalam kebanyakkan keadaan... apabila kita terpaksa melalui jambatan... dapatkan bantuan dari org lain... utk menjadi 'pilot' anda.. Bukan nak terbang.. sebaliknya utk mengarahkan kedudukan tayar kembara korang... ( sat lagi kita citer pasai nih... )

Baik, jambatan dah diperiksa dan korang yakin bahwa ia kukuh dan kala ader lubang pun, tayar korang tak kan terjerlus....

Opppssss.... seblom korang naik balik kembara korang... dan tekan minyak... periksa satu benda lagi...
Adakah kedudukan tayar kembara korang sejajar ngan landasan jambatan?? kalau tak pasti... ukur... Pastikan jarak kedua-dua tayar ngan landasan jambatan tuh...

Baik, semua dalam keadaan baik... jadi korang nak teruskan perjalanan. Dalam kebanyakkan keadaan, jambatan dalam utan nih.. tidak ler braper nak molek... almaklum, xder 'maintenance' hahaha... jadi korang kena berhati-hati la... utk nyawa korang... dan nyawa org lain yg akan guna jambatan tuh kemudian...

Masukkan pada gear satu atau dua sahaja... xyah nak letak sampai gear tiga... Kala auto tuh, jika korang malas nak letak kat L atau 2, nak trus kat D, pastikan korang tak tekan pedal minyak tuh melulu jer...

Gerakkan kembara korang perlahan-lahan, jgn nak tekan minyak cam nak wat 100meter drag lak... Pelan-pelan jer... biarkan kembara korang melintasi jambatan tuh... Ingat, jaga 'side' korang... amik side kanan ( sebelah driver laaa... ). Dengan perlahan jer... main minyak sekadar cukup utk kembara bergerak dengan lemah lembut, sehingga ler keseluruhan badan kembara telah melepasi keseluruhan jambatan...

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #20

Sori... tread lama ngat kosongnyer... hehehehe... otak xbraper nak berfungsi molek... hahahahaha...

Ok... meh try nulis lagi.....
Dalam post seblom nih, kita dah tgk camner kelaku kembara, kelaku tuan nyer kembara dan sedikit perbandingan.

Ok.. aku nak truskan ngan cara aku bawak kembara DVVT aku nih...
Nak dimudahkan citer dan daya imaginasi korang.. hehehe... aku jadikan off-road kerling sbg jalan citer.. hehehehe... lgpun, tu tmpt geli-geli kan..

Meh kita mulakan perjalanan....

Sebaik sahaja korang melintasi kawasan air panas kerling tuh, kira korang dah pun memasuki alam off-road nih... hehehehe...

Sebab kembara dah memang full-time 4wheel drive, jadi walaupun korang xtekan suis differential tuh.. korang dah mmg dlm mode 4x4 dah... xyah nak susah-susah turun lock tayor

Memula skali korang akan jumpa satu jambatan kecik.. xder penghalang kiri kanan, melintasi sungai. Boleh gak kala nak lalu sungai tuh.. tapi aku nak lalu jambatan tu dulu...
hahaha...

Isnin, 22 Mac 2010

Kerling trip #4

Kerling trip #3

Kerling trip #2

Kerling trip #1

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #19

Blom nak citer pasai masuk OFF-ROAD lagi....

Seblom aku terlupa... aku nak bgtau sesuatu dulu....

Aku tau, yg ramai kat luar sana... bile korang pandu keta tuh... ader macam-macam peel cara korang pegang stering. Antaranya.... :

1. Duk pegang kejap / ketat Ya Rabbi stering tuh... Takut stering tuh lari dek org... xpun stering tuh jenis yg kalu jumpa pun.... 40 taun skali....

2. Duk pegang stering tuh sebelah tangan jer... sebelah lagi duk sibuk megang kepala gear, xpun berjalan ker seat sebelah..

3. Hok nih lg haru.... duk pegang stering tuh cam pegang PS2 jer... Main pegang pakai satu jari jer.....

4. Ader macam-macam lg la cara org duk pegang stering

Ok, aku bukan nak bgtau camner korang nak pegang stering... tu cara memasing... korang selesa camner...
Cumer aku nak bgtau jer, kalu korang pegang stering tuh ngikut cara kat atas.... benda-benda di bawah akan berlaku...

1. Stering tuh berkait rapat ngan tayor... leh ler kata laki bini. Bila ngko pusing stering tuh ke kiri... tayar pun bergerak ker kiri... Bila stering tuh pusing ke kanan, tayor pun pusing ke kanan gak.....
TAPI JANGAN LUPA, ia juga berlaku sebaliknyer...

Maksud aku, kalu jalan korang lalu tuh penuh batu atau lubang, yg akan menyebabkan tayor tuh terpeleot ( errr... camner base dier aaaa... alaa.. kira tayor tuh g ngikut hala batu tuh ), ia juga akan menyebabkan stering tuh turut terpusing - DENGAN KUAT.

Kut kalu korang duk pegang kuat amat stering tuh... hah! dengan tangan-tangan korang skali turut terpusing. Silap-silap ngan badan badan skali....

2. Waktu wat off-road... xyah sibuk-sibuk nak main tukor tukor gear nih... Bior dier duk kat 3 atau 2. Hok yg pakai auto tuh... lg la xyah sibuk nak tukor segala. Dua-dua tangan tuh, g pegang stering tu jer....

Kalu tangan yg duk berjalan ke sebelah lak... silap-silap dpt penampor pree... Terutama kalu yg duk sbelah tuh sama jantina... hehehe... Dah ler org sebelah tu riso tgk jalan... ader lak ketam xder lesen merayap...

3. Yg nih lg teruk... Jangan ler sesekali amalkan... Sekali terlanggor batu.... mekala xterpatuk jari tuh... trus terbang KEMBARA tuh tanpa kawalan... ingat kuat sangat ker satu jari tuh... nak kawal stering...

Pada aku, cara pegang stering yg betul... ( errr... mintak maap dedulu kat org pompuan aaa... ) ialah dengan lembut tapi kejap. Maksud kejap tuh bukan kuat aaa... tp kemas. Omputih cakap 'soft and firm grip'. Alaa... kira cam korang duk pegang makwe atau bini korang masa memula kahwin tu....

Nak kata kuat... xler sampai berbirat.
Nak kata lemah... grenti xlepas nyer...

Korang bayangkan ler sendiri...

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #18

third wrote:
hm....agak2 bila la sembuh sempurna sakit ko tu koy...

hm...aku ari tu masa masuk ladang getah mendaki..(dalam 37 darjah)aku guna jalan lama yang dah berumput tebal....break dan hand break tak dapat nak guna mengelunsur ke bawah juga...dah ler sorang2...( cari port mandi )terpaksa guna batang getah tumbang untuk grip...nasib baik lepas...hujan dah turun pulak tu...korang ader idea ker selain tuh..untuk masalah tak dapat naik mendaki...jalan berumput...hujan...


hmmm.... doktor ckp... 2 taun xleh kerja berat.... huhuhu...

ok.. kalu jalan berumput... mmg kita bermasalah ckit... sbb.. rumput mmg xgrip ngan tayor....

kalu aku, aku akan bawak keta tuh secara zig zag. Kiri dan kanan. Xyah besor ngat zig zag tuh... cukup sekadar tayor tuh menyenget sikit. Kalu tayor lurus kedepan... mmg rumput x grip langsung.. tp kalau tayar mengiring... ngko ader lebih luas permukaan yg tajam kena kat rumput. Mungkin boleh membantu.

Satu trik lg ialah... dengan sengaja menyengetkan keta tuh ( ngko pernah tgk org wat drift kan?? yg bawak keta cam ketam tuh.... ), kira keta tuh akan bergerak menyenget la dan bukan tegak. Tp cara nih, kena biasa wat dulu... kalu idak lain perginyer.....

Atau... ngko kumpulkan dulu ranting kayu... batang kayu.. tp jgn terlalu besor... susun cam wat jalan kat depan keta... bg jarak... jgn terlalu dekat.... kira benda nih akan bantu cengkaman ckit la....

Tu kalu naik, kut turun.... Pasang Differential Lock tuh dulu. Letak gear dlm L, pasang ler aircond ngko maksimun abis... baru turun. Brek hanya kalu terpaksa tp lebih baik ngko tekan minyak utk memperlahankan keta tuh. Kira biler ngko tekan minyak, gear ratio rendah akan berfungsi seolah-olah brek... tp ia tidak akan menyebabkan tayar tuh terkunci.

Ngko juga boleh try cari batang kayu yg agak berat. Cari ler seberapa banyak. Kalu boleh, yg beranting dan berdaun, cam yet bgtau. Ikat kat blakang kembara ngko. Batang kayu nih akan bertindak sebagai 'anchor' dan memperlahankan kembara ngko.

Atau, kalu nak lebih extreme.. ( tp aku mmg tidak syorkan utk ngko atau sesiapa pun, aku wat benda gini sbb keta sykt nyer... rosak sykt bayor ), letak gear ngko kat Reverse. Tekan minyak utk memperlahankan kembara ngko tp jgn terlalu banyak sbb... nanti kembara ngko jalan ke blakang lak....

Begitu ler seadanya....

3rd... dan yg lainnyer... aper yg aku tulis mungkin nampak senang.... hehehe... tp mmg senang pun, cumer ia perlukan kemahiran yg diasah sedikit demi sedikit....... maksud aku... kena biasa wat la.... Kalu xkompiden, mmg haru .. lain jadinyer.... Jd, seblom try masuk off-road sesorang... praktis dulu kat kawasan pembinaan spt yg aku cadangkan... atau ikut Pak Mid utk xtvt off-road. Paling kurang, ader org boleh guide... ajor....

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #17

KENAPA NAK MAIN OFF-ROAD???

Mungkin ramai di antara korang kat luar sana, duk pikir...
wat hapa kita nak g masuk utan, panjat bukit segala... sajer nak mengotorkan keta.. menjahanamkan keta.....

Aku xleh nak bg jawapan utk org lain... tp aku suka wat off-road ( walaupun sesorang ) sebab :

1. Aku nak kenal KEMBARA aku nih. Aku xmao jadi pemilik yg cumer tau isi minyak jer.. Aku nak tau macamana KEMBARA aku nih 'respond' biler bawak kat tmpt gitu.

2. KEMBARA adalah 'FULL TIME 4X4'. Rasa cam rugi amat kalu aku xgunakan kesempatan tuh utk menikmati 'KEGEMBIRAAN' sewaktu melakukan off-road.

3. Aku suker utan. Udara yg nyaman, suasana yg tenang, air sungai yg bersih dan sejuk. ( Ingat, aku nih dah mmg pun keje kat dlm utan ).

4. OFF-ROAD mengajar aku utk banyak bersabar, menggunakan akal fikiran waktu memandu dan sentiasa tenang walau aper pun situasi mendatang.

5. OFF-ROAD mengajar aku utk mempelbagaikan teknik memandu. Tidak hanya pada satu 'stail' sahaja.

6. Yg lain-lain... 'IT'S FOR ME TO KNOW, AND FOR YOU GUYS OUT THERE.. TO FIND OUT'


Bila ikut XTVT Kembara.Net

1. Ia mengajor aku utk bertindak secara berkumpulan.

2. Ia mengajor aku utk menghormati dan mempercayai org lain.

3. Ia mengajor aku utk lebih mengenali member kita.

4. Mungkin utk yg sudah berkeluarga, ia memberikan masa berkualiti anda bersama isteri dan anak-anak.

5. Banyak lagi ler kelebihan dier. Nanti Pak Mid dan rakan-rakan boleh citer... ( hehehe.... aku hanya leh citer antu jer.. kalu kita wat unggun api... hehehe )

Jadi, jumpa korang sumer pd xtvt akan datang....

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #16

Post by 9w2yet

tentang penggunaan gear auto atau manual....
utk kembara std tanpa sebarang pengubahan pada gear ratio...
dan enjin std.. aku still kata auto lebih mudah untuk dikendalikan.... cuma sedikit kekurang bab engine breaking... mase downhill... tapi time uphill mmg cemerlang... ada sesetengah uphill kembara std manual.. terpaksa half-clutch utk dapatkan power semasa mendaki... sampai satu tahap dimana enjin itu akan mati sendiri....
cara utk dapankan lebih engine breaking mase downhill... utk kembara auto. x kira dvvt/hcej dll..
-engage diff lock
-letakkan gear pada kedudukan (L)
-on aircond sekuat yg mungkin
-slow2 turun...
note- dalam keadaan jalan yg licin... body akan jalan mcm ketam.. utk counter back.. tekan pedal minyak sikit2 utk luruskan balik body... jangan sekali2 brake mendadak dalam keadaan ini.. cuma pastikan.. tayar tidak lock.. itu dah cukup memadai utk mendapatkan kembali cengkaman diatas tanah...
dalam sesetengah keadaan dimana kereta akan terus turun laju menggelongsor... JANGAN BRAKE!!! tekan minyak utk kaunter.. dan rapatkan kereta kearah dinding tanah yg ada... selalunya downhill dalam offroad nih sebelah gaung sebelah lagi dinding.. sebab dinding tu boleh membantu utk hentikan kereta... anda pilih.. jatuh kebawah gaung atau bergesel dengan dinding tanah...

tapi jangan risau la... aku tak pegi tempat2 gila macam tu kalau ngan korang... x larat nak belanja lebih...pengsan... haha... light2 lepak2 rilek2.. tiada pening kepala nak repair kete haha....
jangan takut bang....

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #15

Kita slalu dengor org duk citer pasai KEMBARA nih kurang power la... body xkuat la... kerap rosak la... kuat makan minyak la.. dan macam-macam lagi....

Tetapi, cuba tanya balik kat org tuh, dier duk wat kenyataan nih berdasarkan aper??? Apakah perbandingan yg dibuat tuh adil???

Aku ader satu hilux ( sykt nyer... bkn hak milik pribadi ) yg aku pakai seblom aku pakai KEMBARA nih.... meh kita lihat sesuatu...

KEMBARA :

Enjin Placement : 1.3cc ( xyah kira DVVT ker idak )
Jenis Badan : Jip ( Short Wheel Base )
Power Train : FULL TIME 4 WHEEL DRIVE
Bahan Api : Petrol
Tangki Minyak : errr.... RM60.. aku lupa lak dlm liter..
Harga : err... aku nyer aku beli murah jer.. nanti tlg masukkan sendiri rega KEMBARA yg korang beli.

HILUX VIGO

Enjin Placement : 2.5D Turbo Inter Cooler
Jenis Badan : Pick-Up ( Long Wheel Base )
Power Train : Semi 4 WHEEL DRIVE
Bahan Api : Diesel
Tangki Minyak : dlm RM120 - 140
Harga : RM98,000++


Ok... sekarang kita tgk dari segi kuasa dijana.
1. Dah tentuler enjin yg lebih besor... mengeluarkan kuasa yg lebih besor... kut nak bandingkan KEMBARA ngan HILUX bukan ker cam bandingkan Kerbau ngan Gajah... mana sama.

Dah enjin Hilux tuh besor... dah tentu ler kerangka body Hilux kena lebih keras dr KEMBARA nih... xkan nak sama... gugur kebawah nanti enjin tuh.. dan.. xkan KEMBARA nak pakai kerangka cam Hilux lak... dah tentu separuh kuasa enjin kena digunakan utk menggerakkan besi barat tuh..

Dari Jenis Badan...
MAna lebih mudah korang bawak... keta ker van??

Dari segi Gear lak...
KEMBARA adalah FULL TIME 4 WD... lebih stabil.. tp xleh nak laju ngan sbb kuasa sentiasa di berikan kpd 4 tayor... jadinyer berat ckit....
Hilux tuh SEMI 4WD. Waktu xpakai 4x4, kuasa hanya diberikan kpd tayor blakang jer... Tuh sebab dier leh pecut laju dan xmakan minyak ( waktu xpakai 4WD ler... )

Bahan APi :
Petrol lebih cepat terbakar berbanding ngan Diesel. Oleh itu, kenderaan petrol lebih kuat 'pick-up' dari kenderaan 'diesel'. Diesel ni cumer bagi 'tork' yg lebih jer... jadinyer waktu kitaorg bawak barang berat naik bukit... keta diesel grenti leh lepas nyer.... walaupun merangkak.

Minyak:
Haaa... hok nih yg aku dok kompius nih.... Korang amik kira minyak nih dr liter atau dari penunjuk tangki??? Kut dr penunjuk tangki... mmg ler KEMBARA kuat makan minyak... dah tangki dier kecik.... Kena la isi slalu... cer amik keseluruhan liter atau RM utk wat perbezaan....

Temerloh - Bentong - Temerloh :
KEMBARA : RM30
HILUX : RM30

Temerloh - K.Lipis - Temerloh :
KEMBARA : RM60
HILUX : RM90

Biler aku amik Temerloh - Bentong... RM aku sama jer.. sbb jalan atas hiway... ( + berjalan bawak mak aku g beli barang dan melawat kekawan dier ), tp kalu ngko tgk bebaik, 1.3 ngan 2.5.. duk bg rega sama...

Biler aku amik Temerloh - K.Lipis.... KEMBARA lebih jimat berbanding HILUX. Kenapa?? Sbb kmpg aku kat lipis nih, banyak main bukit.. kebun.. ladang kelapa sawit.. dll. KEMBARA ngan 'FULL TIME 4WD' dier sentiasa 'constant', xder nak ram ker hapa....
HILUX lak 'SEMI 4WD', bila aku nak naik bukit, masuk kebun, aku kena ram ckit.. sbb body berat ( xkan aku nak masuk 4x4 lak... bukannya teruk pun... ) jd penggunaan minyak lebih.

Mungkin ader org lain boleh bg perbandingan yg lebih teknikal nanti.

HARGA :
Ader ker patut nak bandingkan Kenderaan rega dekat RM100,000 ngan KEMBARA. Apasal tak bandingkan trus ngan Ferrari atau Porche... pas tuh tgk sapa lebih kuat makan minyak.... apa daaa....

Dan yg terakhir.... korang cuba tanya brape rega nak wat 'routine maintenance' HILUX kat org yg duk ngata tuh... dan yg lebih penting.. cer tanya keta hapa yg dier bawak...

Aku nih, kalu nak kira dr segi rega.. rasanya mmg leh ajer nak amik HILUX... keknyer... hok tang 'maintenance' tuh aku nak campak kat mana??? Tu blom kira kalu ader rosak. Kalu takat beli HILUX, pas tuh park kat garaj wat 'show-room' dan bergaduh ngan bini setiap kali nak balik kmpg dier yg jauh nuuu..... bior ler aku pakai KEMBARA nih. PAling kurang.. takat TT Kelab sebulan skali nih.... aku dr Bentong nih.. masih boleh usaha. Hok tang HILUX tuh, bior sykt aku jer uruskan. Aku bawak ngan isi minyak jer.

Oh ya! Kut kalu ader org bandingkan lak KEMBARA korang ngan SUZUKI Jeep ... ngko suoh dier bawak seluruh family duk dlm jip tuh... tgk goner rasa. Hey!! dengan KEMBARA korang, korang xmalu nak bawak mak mertua ( atau bakal ) g berjalan. Selesa jer org tua tuh... duk depan ker.. duk blakang ker.. seat sumer leh baring. HILUX aku pun xleh baring seat blakang tuh.... hehehe....

Ok... Cukup dah kita kenal ngan KEMBARA kita nih. LEpas nih, aku nak citer camner nak bawak atau handle 4x4 masa wat 'OFF-ROAD'.

Jumpa Lagi.....

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #14

johorian1978 wrote:
Ooooo.... Maknanya kembara standet dgn tayar HT dah boleh masuk hutan???
Hmmm.... kagum!!!

Koy, alang2 dah ada thread ni, camna cara betul kalau auto nak offroad? Kawalan lebih susah atau senang?
Differential lock tu boleh ke kita on sewaktu tayar tidak dlm keadaan lurus tp gear di posisi N?


Dah tu.... kata KEMBARA nih 'FULL TIME 4WD'...

Hok tang auto tuh yg susoh ckit nak citer dari pengalaman.... aku nyer KEMBARA manual jer... Kut HILUX aku auto pun... Hilux tuh 'Long Wheel Base' dan ader 'Limited Slip Differential'... cara drive dier mmg lain ckit dr KEMBARA auto nih, aku rasa. Kalu KEMBARA auto xder perbezaan ngan LWB lain, aku akan kata lebih mudah kalu pakai manual.
Nanti ler aku tanya Yet ngan Cikun, mungkin dema leh explain atau bg aku tibai keta Cikun waktu off-roading lain kali.
Tp satu hal yg pasti, utk kenderaan 4x4 nih, 40% duk kat keta... 60% lg sebenarnya duk kat drebor dier. Jadi, kalu ngko dah biasa dan expert ngan auto gear, sepatut-patutnyer lah... tiada masalah... omputih kata ' No Problem'.

Hok tang 'differential lock' tuh, ngko jgn salah faham lak. Tuh utk tuko ratio 'power-train' jer... xder kena mengena ngan pemasangan tayar depan.
Kalu ngko tgk 4x4 lama ( hilux, pajero,land cruiser dll ), kat tayar depan tuh slalu ader suis pusing. Suis pusing tuh adalah utk lock tayar depan ngan gear dlm 'dry shaft' seblom tukar gear ke '4 wheel drive'. Ni sebab kenderaan tuh bukan 'FULL TIME 4WD' cam KEMBARA nih.
Utk kenderaan baru... suis pusing tuh dah tuko ker plunger ( elektrik/electronic control ), bila gear 4x4 dimasukkan, plunger nih akan di'lock'kan dgn gear dlm 'dry shaft'.

KEMBARA adalah 'FULL TIME 4WD', sepanjang masa ia bergerak ngan 4 tayor...
Jadi, jawapan utk soklan ngko, tiada masalah.

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #13

Memang tidak dinafikan langsung, penggunaan tayor MT nih, mampu buat korang tersenyum lebor bila korang g wat Off-Road, tp.....

Seblom korang berangan nak pakai tayor MT nih, sila jawab soklan aku dolu...

1. Korang dah pernah ker ikut xtvt OFF-ROAD nih??? atau baru berangan nak ikut yet masuk utan?

2. Braper kerap korang masuk / wat OFF-ROAD?? ari-ari? Seminggu skali?? sebulan skali?? atau setaun skali???

3. Korang dah reti ker camner nak handle kenderaan 4x4 waktu wat OFF-ROAD?? atau baru nak blajor??

Kenapa aku tanya soklan kat atas??

1. Tayor MT nih mahal weh... dan setakat nih yg aku faham, kalu KEMBARA nak masuk tayor MT nih, kena wat pengubahsuaian ckit... Kena jek tinggi KEMBARA tuh, kena pakai rim off-set dll. Jadi blanjer bukan takat nak beli tayor, tp termasuk kos pengubahsuaian skali.

Kalu korang xpernah ikut xtvt OFF-ROAD nih, mana kotang tau yg korang akan suker ngan xtvt nih?? kut kalu xsuker... pengubahsuai dah wat.... duit dah kuar... kut murah xper...

2. Kalu setakat korang nak masuk utan ntah biler-biler... silap-silap.. setaun skali baru ader masa ngikut si Yet, kebanyakkan masa KEMBARA korang duk atas jalan raya jer...
Ingat!!! TAYAR MT TIDAK DIREKA BENTUK UTK PENGGUNAAN ATAS JALAN RAYA.Dari segi penggunaan, tayar MT nih akan lebih cepat haus kut kalu duk main atas jalan raya. Aku lain la... tukar tayar claim kat sykt.
Dan yg lebih penting, keselamatan korang. Tayor MT nih akan jadi bahaya biler jalan basah. Sebab bunga dier bkn utk mengeluarkan air dr bawah tayar tp lebih kepada memaut kat tanah.

3. Biler korang pakai tayar MT nih... peel KEMBARA korang dah jadi lain dah.... xsama ngan tayar HT yg korang slalu guna tuh... silap pusing steering, trus masuk gaung.

Bila aku tulis cam kat atas, bukan aku cakap yg korang xyah gatal nak ikut xtvt OFF-ROAD nih... BUKAN SAMA SKALI. Aku nih kalu boleh biar sumer KEMBARA kepunyaan member Kembara.Net nih ikut bila kelab wat xtvt OFF-ROAD, sbb banyak manaafat dier ( nih... aku citer lain masa. Kut waktu TT, korang leh tanya kat OTAI OFF-ROAD... asal bukan ngan aku ).

Aku bgtau benda kat atas, supaya korang xterpikir macam-macam.... nak ikut tp duit xder nak tuko MT, keta aku stendet jer... tayor HT / atas jalan nyer...

Utk makluman, JEEP pertama yg duk main kat perang dunia ker-2 tuh... cuma ader teknologi lama 4x4 nih.... ngan tayor teknologi lama nih.. mana ader AT, MT ker jadah nih.... elok jer leh redah ke mana ajer...

Korang nyer KEMBARA guna teknologi 4x4 terkini.. lagi advance / maju dr dulu... bahkan tayor HT korang juga guna teknologi terkini.... takat jalan tanah merah... eleh....

BAHKAN, SETIAP TEMPAT YG DIPILIH UTK XTVT OFF-ROAD KEMBARA.NET DIPERAKUI OLEH OTAI OFF-ROADER, PAK MID SENDIRI, MMG TIADA MASALAH UTK KEMBARA STENDET STOK KILANG.

JAdi... amacam??? Boleh aku jumpa korang pada xtvt OFF-ROAD lain kali....????

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #12

Biler bercerita bab tayaor nih.....

Mmg biler korang tgk keta OFF-ROAD yg besor-besro tuh ( big boys ), dema sumer duk pakai tayor MT, kut Hilux aku pun aku duk pakai MT gak..... jadi ramai yg beranggapan bahawa kalu nak main off-road, kena pakai tayar jenis nih jer... kalu idak haru....

Ok... memula kita kena pahamkan dolu istilah OFF-ROAD nih...

Waktu keta mula-mula dibina, sumer keta nih duk pakai tayor kecik cam tayor basikal tuh.... jd kena la lalu ikut jalan keta kuda... lelama, bila teknologi tayor bertambah baik... jadi teknologi jalan pun turut berkembang... Hasilnya... terbina ler jalinan jalan raya kat merata tempat. Jadi iniler yg dikatakan ON-ROAD usage ( errr... bukan on the road aaaa.... tu duit yg korang bayor sumer skali utk dpt keta ).

Teknologi 4x4 pun dah lama dah, sejak engineer duk pikir camner nak up-grade performanca keta nih... tp teknologi lama.. masalah utama... over-steer... Oleh itu, penggunaan 4x4 nih terhenti gitu jer...

Tapi masa perang dunia ker-1, askar perlukan kenderaan utk bergerak kat mana-mana jer.... ada jalan ker.. xder jalan ker... lalu semak.. lalu utan.. lalu paya... kira sumer tempat ler... waktu nih... yg boleh bergerak cumer keta kebal ngan motor jer...

Utk itu, ( aku amik ikut US spec aaa... sbb kalu Jerman nyer... aku xreti baca buku sejarah dema ) AS menawarkan tender kat memana sykt keta yg leh buat satu kenderaan yg leh g memana jer... ikut suka ati jeneral suoh g...

Dlm banyak-banyak sykt tuh... Jeep Company terpikir nak guna balik teknologi 4x4 yg dah lupa dek org. Hasilnyer... tercipta ler satu kenderaan 4 tayar yg boleh ler dikatakan mampu g ke mana saja di arahkan... Asal usul kata Jip, datang dari keta sykt nih, JEEP.

Pada masa perang dunia ker2, kenderaan 4x4 ( jeep ) nih telah menunjukkan 'performance' yg cemerlang... dan menjadi pooojaaann ramai. di mana satu kenderaan yg boleh dikatakan mampu pergi ke mana sahaja... walaupun xder jalan. Dan sejak dr itu, teknologi 4x4 trus berkembang sehingga skrg, Ferrari pun duk guna 4x4 kat keta lumba dierorg...

Aper yg aku nak bgtau korang ialah... perkataan OFF-ROAD bukan merujuk hanya kepada jalan kat dalam utan... semata-mata.

OFF-ROAD ialah rujukan di mana ketiadaan jalan yg dikhususkan ukt kenderaan.

Jadi, jalan kat kebun, jalan tanah merah masuk kmpg, jln pantai, batas sawah... bahkan kat gurun pasir skalipun tuh sumer dikira sebagai OFF-ROAD.
Manakala 4x4 / 4WD ( 4 wheel drive ) adalah merujuk kepada teknologi 'power-train' kenderaan. Jgn salah faham kat sini...

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #11

AMARAN : JANGAN DOK GATAL NAK PAKAI TAYAR NO:4 NIH.

Ader sebab aku xmasukkan jenis tayar nih dlm ketegori tayor.

1. Ingat, selagi rim korang duk kat 15' jer... lg besor tayor korang pakai, lagi kurang tork keta korang... ilang trus pick-up. Cer tanya yet, brapa kilo berat tayor nih??? tgk kalu korang leh angkat sorang sorang tak....

2. Tapi yg lebih penting, jenis tayor nih langsung xgrip ngan aspalt @ jalan raya kita.. atau hiway. Kut korang jenis ada mak bapak cop duit utk beli insurans atau xsayang nyawa... lebih baik tok sah pikir pasai tayar nih. Jenis Extreme Trekker nih hanya utk dilihat dan dikagumi, bukan utk dimiliki kat KEMBARA korang.

3. Extreme Trekker hanya digunakan utk org yg masuk pertandingan jer.... kut saja-saja nak main off-road, rentikan ler... Tayar nih hanya utk bajak jalan, grip ngan permukaan tanah/lumpur shj. Pasir pun xleh pakai. Kut hari ujan... lg best tayar nih.... dalm off-road ler...

4. Aku nih pun lum mampu nak pakai Extreme Trekker nih, korang lak yg lebih-lebih.... mana boleh.....

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #10

Ok... kita sambung balik....

TAYAR

Sebelom nih.... ader 3rd duk tanya tang jenis tayar dan kesesuaian tayar tuh....
Secara asasnyer.... tayar kenderaan dibahagi kepada 3 kategori utama...

1. HT ( Highway Terrain )
- Tayar jenis nih kalau nak dikira... 100% utk jalan raya, xkira la.. jalan bandor ker.. jalan negeri ker... jalan persekutuan ker.... kecuali jalan kat litar F1 Sepang. Direka bentuk utk melekap kat atas jalan waktu kering dan mengalirkan air keluar dr permukaan jalan waktu hujan.
Keberkesanan dari bentuk bunga tayar dan meterial yg digunakan.
Untuk kegunaan off-road, tayar nih kurang ckit la dari segi keupayaan. Kurang bukan dari segi kualiti... cumer dari bentuk bunga tayar tuh....
Kalu takat nak guna masa masuk jalan denai... no hal nyer... cumer kalu jalan lumpur lebih jer, susah ckit..
Tayar jenis nih datang dlm pelbagai saiz... dari kecik tayo kancil... sampai ler besor utk rim 18"

2. AT ( All Terrain )
-Tayar jenis nih, diklasifikasi utk dua kegunaan. Utk atas jalan raya dan jalan off-road. Slalunyer komposisi dier pada 70% jalanraya 30%off-road. Slalu digunakan utk utk org yg keje kat tapak pembinaan. Kenapa?? Sebab kebanyakkan masa, kenderaan duk main kat atas jalan raya jer.... hanya biler masuk site waktu ujan jer baru nak kena off-road.
Tayar jenis nih, dtg dlm pelbagai saiz gak tp besor... maksud besor tuh... tinggi ngan lebor dier... so, kena tgk gak ngan rim..... dan 'clearence' KEMBARA korang.... taku xmuat lak...

3. MT ( Mud Terrain )
- Tayar jenis nih... mmg digunakan sepenuhnyer utk off-road. Slalu pada 2 komposisi... @70% off-road 30% jalanraya... @100% off-road. Perbezaan dgn tayor lain ialah dari segi bunga tayar tuh, selain saiz dan lebor.
Tayar jenis nih, mempunyai bunga tayor besor, yg sebutir sebutir... cam spike. hahaha..... NAk bezakan AT ngan MT... hehehe... MT bunga tayar sampai kat tepi birai tayar... Ok... tayar jenis nih kalu korang pakai nak masuk utan... mmg mantap... superb...
Keknyer... kalu korang pakai tayar MT nih, memula skali... KEMBARA korang akan jd tinggi ckit...
Dan sekiranya korang g bawak atas jalan raya... korang akan dapat satu sistem amaran awal... hehehe... sebatu lg dah dengor bunyi tayar tuh..... dan bunga dier capat abis... hahaha...
Tayar jenis MT tidak direka bentuk utk kegunaan atas jalan raya langsung..... oleh itu... kalu ari ujan ler... kat atas jalan... mmg boleh tergelincir la.... kut dlm utan.. melekat.


Jangan tanya aku tang tulisan kat tayor tuh... yg aku tau R15/ lebor / tebal@tinggi.... tp aku leh kenal dr rupa bunga tayor tuh... hahaha.....

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #9

AMBIL SELEKOH / BELOKAN ( TAKING TURN )

Seblom aper-aper, aku cumer nak ingatkan korang, KEMBARA adalah FULL TIME 4WD. Dengan pusat graviti ( center of Gravity ) yg tinggi. Jangan sesekali layan kembara korang cam korang layan kancil atau RX7.

Dalam keadaan biasa, KEMBARA berada dalam kedudukan nisbah 7.5 : 2.5
bermaksud :
1. Dua tayar belakang mendapat 75% dari kuasa enjin.
2. Dua tayar depan mendapat 25% dari kuasa enjin.

Ketika suis LOW ditekan ( lampu hijau 4 tayar nyala ), nisbah ratio ini bertukar ker 5:5..
bermaksud : keempat-empat tayar mendapat kuasa yg sama dari enjin.

sehingga sekarang ini, aku masih lum pasti kut aku nyer Ex DVVT nih ader slip diffrential... tp memandangkan saiz KEMBARA nih, dan sepanjang bawak kat dlm utan nih.. aku mengandaikan ia tidak dilengkapkan dengan Limited Slip Differential nih.... Tetapi ader gak dlm forum yg mengatakan bahawa KEMBARA dilengkapi dengan LSD ( KTC ).

Limited Slip Differential ( LSD ) adalah satu peralatan yg akan mengubah ratio kuasa yg dihantar kepada ke empat-empat tayar. LSD akan mengurangkan kuasa yg dihantar kepada tayar yg mempunyai kurang cengkaman dan menghantarkan kuasa tadi kepada tayar yg mempunyai lebih cengkaman.

Contoh : Sekiranya korang melintasi lubang... salah satu tayar akan tergantung. Bagi kenderaan yg tidak mempunyai LSD, tayar yg tergantung ini akan tetap berpusing dengan kuasa yg sama dengan tayar yg melekap kat atas jalan.
Bagi kenderaan yg memiliki LSD, tayar yg tergantung ini, tidak akan berpusing kerana kuasa dari enjin akan dibahagikan kepada tiga tayar lain yg melekap kat atas jalan. Ini sepatutnya akan membantu korang utk keluar dari lubang tersebut.

Oleh kerana 'FULL TIME 4WD' inilah, (walau dalam keadaan suis LOW on atau off, atau dilengkapi LSD atau tidak ), korang tidak boleh mengambil selekoh melebihi 30* pada kelajuan tinggi. Mungkin ader yg perasan, KEMBARA mempunyai kecenderungan utk melakukan 'drift' ketika mengambil selekoh begini. ( Boleh dibuktikan sendiri dengan melalui Jalan Raub - Bkt Fraser ).
Keadaan 'drift' ini terjadi kerana tayar hadapan yg disebelah dalam sewaktu mengambil selekoh mengalami tekanan yg terlalu tinggi. Sekiranya dilakukan terlalu kerap, maka kerosakan pada 'dry shaft' akan dan boleh berlaku. 'Drift' yg tidak dirancang ini juga, akan boleh menyebabkan kemalangan.

Selain dari masalah 'FULL TIME 4WD', pusat graviti ( center of gravity ) KEMBARA boleh dikatakan tinggi.
Rules of Thumb : Lagi tinggi 'center of graviy', maka lagi kurang kestabilan kenderaan anda. ( Aplikasi utk semua kenderaan darat ).

Apabila kedua-dua keadaan ini ( FULL TIME 4WD dan pusat graviti tinggi ) digabungkan dalam satu masa, korang boleh faham mengapa KEMBARA selalu mengalami keadaan terlebih belokan 'Over Steer'.

JANGAN BIMBANG!! INI BUKAN KEKURANGAN. BOLEH DIKATAKAN HAMPIR SEMUA KENDERAAN 4X4 MENGALAMI KEADAAN INI

Semua kenderaan 4x4 dibentuk tidak untuk kelajuan, tetapi untuk kelasakan.

Satu kelebihan 'FULL TIME 4WD + Center of Gravity High' ini ialah, dalam keadaan perlahan atau tidak bergerak, tayar hadapan boleh dipusing menghampiri 45*. Ini membolehkan KEMBARA korang melakukan '3 pointer' dengan mudah sewaktu berada di jalan yg sempit. Ia juga membenarkan korang melalui jalan 'OFF-ROAD'

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #8

third wrote:
Selamat Pagi Cikgu...

Aku bukan cikgu... aku keje dlm utan jer.....

Mau tanya?...

mana-mana yg aku leh jawab ler... kut xleh... nanti tanya org yg lebih arif

1)Tayar apa untuk permukaan/situasi apa?

HT - Hiway Terrain - utk permukaan jalan biasa / tar
AT - All Terrain - 70% permukaan jalan biasa / tar, 30% permukaan lumpur/pasir/ off-road
MT - Mud Terrain - 1. 70% permukaan off-road, 30% permukaan tar
2. 100% permukaan off-road

2)Malam dan siang drive....apa beza?..

Untuk aku xder beza, sama jer... cumer kena lebih prihatin tentang simpang jalan hahhaha....
Secara asas, siang lebih elok kalu nak masuk off-road, sebab :
1. Kita bukan makhluk noktural, yg ader mata leh tengok dalam gelap ( errr... kecuali Matteo kut )
2. Kecuali ngko buta warna, siang lebih memberikan perspektif sekeliling utk ngko... ala.. kira ngko nampak ler kiri-kanan
3. Siang, kira ngko nampak segala.. kut malam kang, gaung ker.. lubang ker... sumer nampak samer jer... hitam ... hehehehe....
4. Aku akan cuba jelaskan nanti ttg perbezaan bergerak waktu malam ngan waktu siang nih...

3)Lampu spot light extra...penting atau tidak?...yg macam mana sesuai?

Lampu sedia ader pun dah cukup dah... kecuali ngko ader cadang nak wat disko kat dlm utan tuh....
Kita gunakan lampu spot light tuh nak kasi lebih terang lagi jalan biler kita bergerak malam... soklannya... biler ngko nak bergerak malam??? Biler kita masuk konvoy, hanya marsyall jer yg duk tunjuk jalan... kut ngko pasang gak lampu spotlight tuh 3 meter blakang aku, mmg sah aku turun hentak lampu tuh... wat buta mata aku jer....
Jenis yg sesuai...??? hmmm.... nih kena tanya poket ngan bini ngko....

4)Kat mana tempat selamat parking kereta dalam hutan?..

Tempat lapang... elakkan park keta kat bawah pokok atau dekat gigi air

5)kalau sliding kebawah semasa mendaki nak control macam mana?

nanti aku tulis... panjang ngat..

6)kalau sliding masa kebawah masa menurun macam mana nak control?

ni pun sama, kemudian. Panjang ngat jawapan nanti

8)Kereta kembara dengan kembara...macam mana nak rescue?..kalau ada lagi sangkut?..

Ni pun dlm topik lain gak. Tp utk sementara, ngko leh baca manual Kembara. Ader tulis camner ngko nak towing keta tuh...
Nota: Kembara no hal kalu takat nak tarik kembara gak... cumer jgn gatal nak tarik hilux aku

9)berapa muatan yang sesuai untuk kembara bawa?..

Ntah! tak pernah lak aku terpikir nak timbang kat JPJ.
Basic rules - bawak hanya aper yg perlu jer... kut tv, tilam, peti ais, mesin basuh tuh... xyah bawak ler...

10)apa peralatan yg patut ada pada off road punya kereta?..kalau nak hard core apa perlu buat?..
Tayar spare ngan tools kit. Lampu suluh jgn lupa lak....

Hard-core... nanti ngko try tanya Pak Mid. Aku stendet jer.... hehehe..

11)sebelum dan selepas off road apa yg perlu check atau buat kat kereta?...HC?DVVT atau yg lain?..

Anto basuh la... brape lama ngko nak berangan ngan keta kotor tuh... haiyaaa....
Kut kita main geli-geli jer... kecuali tayar ngko pancit atau ngko ader langgor b@b@ masa dlm utan tuh...
Check keta cam biasa la... minyak itam, air dan yg paling penting petrol...

12)cara selamat..pemanduan sungai..malam..jalan berbatu..jalan licin..jalan / jambatan berkayu...pasir...apa beza?..

banyak beza dier.... tp susah ckit nak citer.... kena rasa sendiri... hehehehe....
nanti nanti ler aku post

13)kalau ader kenderaan lain break down...apa patut buat...yg rosak..dan member yang tak rosak?..

Ngko nak wat hapa lagi??? ngko reti repair ker????
Kalu boleh tarik, kita tarik la... kalu xleh tarik.. kena mintak tolong ngan bog boys.... xpun tinggal jer la... hehehe....
Memula skali seblom masuk, SILA PERIKSA KERETA ANDA DALAM KEADAAN BAIK. Jgn gatal nak tunggu kuar utan dolu baru nak anto service / repair.

14)ader binatang buas atau entiti tengah jalan nak buat apa?

Tengok jer laa... Ngko nak wat hapa lagi.. Adalah menyalahi undang-undang PERHUTANAN dan PERHILITAN kalu nak tangkap, buru, makan dll benda dalam utan nih. Denda sehingga RM50,000 dan penjara

15)Kalau tayar 1,2,3,4 sangkut nak buat macam mana?..tips..sangkut dalam selut,sungai,batu..dan lain2

kemudian nanti ler aku citer... nih macam soklan kat atas nuuu...

16)Kalau nak elak sesat...atau dah tersesat..apa nak buat ( handy takdo)

Xmao sesat - jangan nak ikut kepala batu ngko jer.... Dengor cakap org tua / berpengalaman ckit...
Dah tersesat gak - Lantak ngko ler... sapa suoh merayau sorang-sorang... org tua cakap xmao dengor ...

17)Tekanan tayar yang sesuai..untuk jalan macam mana?...

Kut atas jalan raya.. ikut selesa ngan poket ngko...
Kalu nak masuk off-road... tekanan angin tayor kena kurang. Tayor kena kempis cikt... sbb nak menambahkan kawasan cengkaman.... xder value tertentu... nak kena wat demo... hahaha.....

18)enjin kembara...paling jauh / lama boleh bawa?...

Selagi xgugur enjin tuh.. bawak jer laa.... haiyaaa....
kasi tgk temperature la bro.. ngko ingat enjin tuh leh set kejap on-road kejap off-road ker....

19)Kestabilan kembara...jalan di lereng..sebelah kira..atau kanan apa beza?...(kira senget la.)berapa darjah boleh?..tak terbalik ke?..

Tengok jenis dan saiz tayor yg ngko pakai. Suspension pun main peranan gak nih....
Basic rules - Elakkan keta 'tilt' melebihi 30*

20)Ader baca2 ker sebelum masuk hutan hehehe ( soalan ni bagi pihak Asri)..hehehe

Baca slalu xder.... tp ikut ngko ler kalu nak baca akhbar dolu ker... novel cinta ker... citer entiti aku ker... tp pasang telinga dengor taklimat dari Konvoy Leader seblom memulakan perjalanan

Sabtu, 20 Mac 2010

Entiti #6

Ni citer waktu aku kecik, rasa2 cam umur 10 taun gitu.

Ayah aku ni kerja buruh biasa jer kat Majlis Daerah tmpt aku ni. Kalu sebut jawatan dia, JAGA. Alaa... kira-kira cam 'security guard' zaman la ni. Sbb ayah aku ni 'JAGA', waktu keje dier belah mlm la. Dan ayah aku ni ditempatkan kat satu Dewan Besor kat cni.

Aku dulu, kalu ada aktiviti skolah belah ptg, memalam mmg aku duk kat tempat keja ayah aku, sbb bas dah xde nak balik umah. Pepagi esok baru balik. Dan slalu gak la ngikut ayah aku ronda Dewan tu.

Nak wat citer, ( ye la kan, kang xjadi lak citer aku ni.. ) ada satu mlm tu, aku lepak la ngan ayah aku kat Dewan. Pas makan mlm, ( mkn bekal mak aku bg utk ayah aku, kongsi ngan aku - tapi aku pelahap lebih dr separuh, ayah aku bagi jerr.. Kasih Ayah. AKU SAYANG AYAH AKU ), ayah aku ajak g ronda dewan. Aku ngikut jer. Best jln pimpin tangan ayah ni ( sampai la ni, aku kalau jln ngan ayah aku, aku suka pimpin tangan dia gak ).

Memula ronda kat luar Dewan, ada tempat-tempat kena masuk kunci ( mcm log book tp manual ), pas tu ayah aku ajak masuk dlm pejabat lak. Lepas dia check sume pintu kat dlm pejabat tu dah kunci molek molek, dia nak round kat dlm Dewan lak.

Sbb aku kecik lg gamaknye, kecian lak dia tgk aku letih pusing satu Dewan. Ayah aku suoh aku tunggu dia kat dlm pejabat ni jer. Aku, OK jer, ( ayah aku ni tegas orangnye, kut aku cakap aku takut kang, mau aku makan penampar, almaklum , bekas askar ).

Jadi, tinggal la aku sorang sorang kat dlm pejabat ni. Besar wooo... luasnya leh wat dua court badminton. Mcm biasa la kan, dah opis gomen. Meja penuh ngan fail2 kertas. Ada meja utk typist. ( Zaman ni mane ada komputer. Tipon yg atas meja tu pun ckit punye bagak, dail main pusing pusing lagi). Mesin taip pun yg besar / panjang giler tu.

Dalam masa nunggu ayah aku ni, aku pusing pusing la satu pejabat tu. Bila dah letih tu, aku duk la lepak kat satu meja ni. Kursi pusing-pusing ( dulu mane nak merasa duk kursi cam ni ), sebelah dia meja mesin taip besor tu.

Tengah syok-syok main pusing pusing kursi tu, tetiba jer, mesin taip sebelah aku ni bergerak-gerak. Memula perlahan, ko makin lama makin laju. Brenti jap aku, nengok-kan mesin taip tu.

Betul-betul cam ada org tgh menaip. Benda panjang tu siap gerak dr kanan ke kiri, pas tu kena tolak ke kanan balik. Aku nengok jer la... lama gak. Ade la kira-kira 3min gitu.

Tapi dah dasar budok kecik, bukannye takut. Aku dgn selamba nyer boleh kata....

"Weh! Bodoh kerr...??? Kut yer pun nak taip, isi la kertas dulu.... Bodoh!!"

Dan semua pergerakan kat mesin taip tu berenti.

Tak lama pas tu, ayah aku sampai balik. Dia ajak kuar g opis dia ( errr... store ). Aku ikut jer laa....

Entiti #5

Ni satu lg citer pasai jalan k.kubu - bkt fraser - raub.

Ada satu petang tu, aku tgh lepak kat gerai tepi jalan, kat k. kubu baru. Nge-teh sesambil mkn pisang goreng sorang2. Tgh lepak, ada la sorang pakcik ni, nak minum gak. Sume meja dah penuh, meja aku jer kosong lg, dia pun lepak la ngan aku. Sekadar berbudi bahasa ( iklan jap ) aku borak2 la jap ngan dia. Dlm borak2 tu, tetiba muncul citer antu... Camni le ler citer dier.. ( Errr.. aku dah lupe nama pakcik tu, kita panggil Din je la )

Lokasi / Taun : Pertak / akhir 70an/awal 80an kot

Din ni keje dia bawak keta sewa ( hah kalau sapa yg x tau tu, ni cam teksi gak, tp kena bayor penuh 1 keta la kalu nak g mana2 ) kat K. Kubu Baru ni. Slalu gak la ngantor org ke KL, Bkt Fraser ataupun raub.

Pada satu petang yg tenang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ( sorry, ngarut jap. amik feel ), Din tgh bawak keta antor org g kg. pertak. Siap antor, dia patah balik la ke K. Kubu. Ngam2 seblom masuk kawasan pekan, dia nampak sorang awek cun / jambu tgh berdiri kat tepi jalan, menghala ke Pertak. ( Kalu ikut cakap Din, awek tu comel cam siti nurhaliza la waktu tu, siap ada potongan lg )

Din ni bujang lg, jd dia pun memberhentikan keta tul2 dpn awek tu, dan turun, Dengan niat nak ngurat la..

Din : Cik adik nak gi mana ni? Dah senja senja gini?
Awek : Nak balik bang, dr umah nenek
Din : Nak balik mana ? xtakut ker sorang sorang ?
Awek : Umah atas ckit kg. pertak. Dah puas tunggu, bas xde.
Din : xpe la macam tu, biar abg antar. Abg pun baru balik dari sana tadi.
Awek : Abg bawak keta sewa ye? Saya xde duit nak bayar bang.
Din : Xpe, Abg ikhlas nak antar. Adik ni apa nama?
Awek : Ani, bang.
Din : Nama abang Din, meh la naik keta abg.

Maka, awek tu pun naik la keta si Din ni, siap jd mem lg, Din tolong bukakan pintu keta ( tp duk depan la, bkn blakang ). Ulat bulu kalu dah gatal....

Maka Din pun menunjukkan keterreran dia bawak keta, buat U-Turn nak balik ngala ke Pertak ( Eleh, zaman ni mana ada double line lg, lesen ntah2 x pakai pun ).
Sepanjang perjalanan, maka berboraklah si Din ngan si Ani ni, dgn niat nak ngurat dan kalu boleh dijadikan bini.
Tengah syok2 berborak, tetiba Ani bersuara...

Ani : Bang, rumah saya dah terlepas la..
Din : Eh! Ye ker?? ( padahal dlm ati ckp ' siol, dah sampai lak'). Mana umahnyer?
Ani : Kat blakang bang
Din : Xpe. Xpe. Abg pusing jap.

Maka, skali lagi Din menunjukkan kepakarannya memusing keta tanpa apa2 signal.

Din : Mana umahnyer? Dah gelap ni, abg xnampak.
Ani : Depan ckit tu jer..Haa.. Brenti kat cni bang.

Din pun memberhentikan keta kat tgh jalan. Mana ada org lain lalu kat ctu waktu pas maghrib gini. Area komunis lg. Sebaik saja keta berenti, Ani pun trus kuar dr keta. Din yg terperanjat xdpt flying kiss, pun turut keluar sama.

Din : Mana rumahnye? ( Dgn niat nak jumpa la org tua awek ni. Senang nak ajak dating lg ).
Ani : Tuuu... ( sambil nnjuk ke satu arah )

Mata Din pun ngikut la arah yg ditunjukkan oleh Ani. Dan satu-satunyer benda yg dia nampak ialah deretan nisan kubur lama ( kubur ni mmg lama tul, catatan terakhir pada batu nisan taun 18** - sebelum dipindahkan pasai kawasan tu nak kena tenggelam ).

Ani : Senang- senang, datang la jenguk Ani kat cni, ye bang.

( Sambil bercakap ni, Ani melayangkan badan dia ngala ke tanah perkuburan tu dan kemudian hilang, cam kabus, Din hanya nengok jerr .... )

Din cakap, org jumpa dia dgn keta kat Rawang seminggu pas tu. Dan dia xleh bercakap dkt sebulan. Lepas jumpa bomoh ntah yg ke berapa, baru dia jd orang balik. Dan dlm keta dia, diaorg kata penuh ngan tanah dan siap ada batu nisan lg.

Sambil bercerita ni, mata si Din ni ( dah umor dkt 50 dah,) galak ngekor bontot sorang awek ni sambil muji-muji body awek saiz XXL tu ).
Sementara nunggu anep sembuh dr buasir, aku bg citer lain la dulu...

Lokasi / Taun : Jalan K.Kubu Baru - Bkt Fraser - Raub / 1996

Ada sape2 yg pernah atau biasa melalui jalan K.Kubu Baru - Raub (ikut Bkt Fraser ) tak? Kalu yg xpernah, biar aku bgtau sat, jalan dia mmg syok utk bawak motor, buat korner baring. Kalau bawak keta, drift memanjang. Baik naik atau turun. Jln ni sempit dan sunyi, dipagari hutan dr K.Kubu ke Tras, Raub. Ada x ade, Rest House kat Gap Bkt Fraser tu ajer.

Kalu skrg ni, jln dr K.Kubu dah besar ckit dan lain, sejak dema buat empang Sg. Selangor. Jln lama dah tenggelam. Dan antara yg tenggelam tu, termasuklah satu tanah perkuburan lama ( islam ) kat kg. pertak ( kmpg tu pun dah tak wujud, tenggelam dah.)

Citer ni berlaku seblom jln berubah. ( Music please ..)
Aku slalu lalu jln tu, sbb on the way, aku singgah naik Bkt Fraser, lepak. xkira la siang atau mlm.

Ada satu mlm ( xingat dah tarikh ), aku cam biasa la, ikut jln tu. Bawak Hilux buruk man-man jer... NAk cepat2 wat hapa, aku nak tido umah kawan aku. Jln ni mmg gelap dan xde tiang lampu pun. So kira-kira lampu keta aku high beam memanjang ler.

Waktu aku rasa ada ler dlm kul 11mlm gitu. Aku tgh syok2 layan stering dan selekoh ( jln ni mmg xde nyer lurus, selekoh jer ), dgn kelajuan maksima 60kmj ( kalu korang leh bawak lebih dr tu, aku tabik korang ).

Kira2 3km lepas kubur tu, dlm masa aku amik satu selekoh tu, tetiba lampu keta aku nyuluh org tgh berbaris atas jln raya, jalan slow2. Aku yg terperanjat beruk ( tp muka aku tak ler cam berok, hensem ), terus tekan brek n turunkan cahaya lampu. Meng-creet gak la tayar hilux tu, nasib baik aku xlanggar org yg kat blakang skali.

Walaupun bunyi brek tu pepaleh ler kuat, dema haram menoleh blakang pun, nengok kan aku, trus jer jalan slow2.
Aku yg dah gabra ni wat xtau jer la. Pelan2, aku ngikut jer diaorg jln. Kurang 5kmj. Main clutch n brek jer. Sbb slow, kira cam aku nyuluh jalan dema la.

Lupa lak, aku slalu drive bukak tingkap. Jadi tgh ngikut tu, sayup2 aku dengar dema tgh meratib. Jd, aku pelik la. Aku tgk bebetul, ada la dlm 50 org sume, lelaki sume, pakaian dema jubah hijau.

Dalam satu kesempatan, selekoh panjang ckit, aku dpt la nampak yg kat depan skali. Rupa2nya, dema tgh bawak jenazah. Dalam ati aku, "abis aku, terkena lagi ni".
Slow2, aku jarakkan la hilux ckit, takut gak siol. Tp aku lg maleh nak patah balik. Jd aku ikut jer la, walaupun dah kuar peluh jantan kat merata badan.

Dlm ngikut tu, sesayup aku dgr bunyi tayar men-cret, bertalu2, sah ade org kat blakang. Jd, aku duk nengok la ikut cermin sisi. Bila aku nampak keta tu dah dkt, aku bg signal jgn motong, lampu n tangan melambai-lambai. Aram jadah, drebar dia peduli, trus motong aku. Bile ngam2 sebelah keta aku, dier trus brek emergency ( tak kan xbrek, kalu dah tgk org mengusung jenazah kat depan, ye tak? Dah la tgh malam, kat dalam utan lak tu ). Nasib baik xterjun gaung jerr...

Pelan jer, drebar tu ( aku lupa keta hapa) g blakng hilux aku. Pulak, aku ingat dia nak duk depan skali. MAka ada la dua keta. Korang ulang perenggan kat atas sebanyak 3 kali lagi ( maleh aku nak nulis, same jer ). Sampai akhirnya ada 4 kenderaan yg ngikut.

Dlm 45min gitu, kaki aku dah lenguh ni, jarak aku dr dema yg berjalan kat depan tu adaler 50meter gitu. Lepas satu selekoh tajam, tetiba jer sume org dah xde, lesap, bayang pun xde ( err... mlm ade bayang kerrr? ) . Aku tgk gak la kiri kanan kut2 ada tanah kubur ker, lampu ker, haram xde.

Aku trus pecut balik la, dah dkt kul 12 tgh mlm dah. Men-cret la hilux aku buat drift. Sume keta tu ngikut jer, xde satu pun yg nak motong, walhal depa punye keta power2.
Bila sampai kat Gap, aku pun brenti, nak merokok jap. 4 4 keta pun brenti gak sama. Drebar keta pertama turun dan trus g kat aku, org cine, muda lg.

Drebar : 'lu nampak ka apa gua nampak tadi'
AKu : 'Gile ngko kalu aku xnampak, yg ngko g potong keta aku apahal?'
Drebar : 'Gua ingat lu main2, itu olang dali mana haa?'
Aku : 'Ntah, tetiba jer muncul'
Drebar : 'Itu dia olang ilang mana??'
Aku : 'Hush, mana aku tau, lu mau g mana?'
Drebar : 'Laub, lu?'
Aku : 'Gua mau naik atas, ok gua jalan dulu la'
Drebar : 'hah! lu mau naik atas aaa, bukan tulun laub ka? Haiyaa..'
( Dlm masa ni, tetiba jer riuh, rupenya sume drebar lain dah dkt aku )
Aku : 'Ok la tokey, gua jalan dulu'

Aku trus masuk gear dan jalan naik BKt Fraser. MAleh nak lelama, kang kawan aku dah tido, mampus aku. Aku pun tinggalkan 4 biji keta kat blakang.

p/s : esok ari, org jkr yg jaga Gap duk citer ada 4 biji keta dah jumpa bunian. Dema pakat tido dlm satu keta kat Gap.

Entiti #4

Citer kali ni khas utk ngko Pioneer ; xde kena mengena ngan mini hidro. Enjoy.

Lokasi / Taun : Bkt Fraser, Pahang / 1995

Korang pernah g Bkt. Fraser tak? Korang tau tak kebanyakkan banglo kat atas sana dinamakan ikut daerah kat Pahang ni? Ada banglo Temerloh ( steak house ), Pekan, Rompin, Jerantut dll. Dan yg pernah naik Bkt Fraser, korang mesti tau yg kat atas ni xde apa2 kecuali kaki golf n pengantin baru ( ni promote nih, Pioneer ).

Aku dulu, pernah keje kat Fraser Pine Resort, agak jauh dr pusat bandar ( errr... boleh laaa...)@ umah sewa aku ( dpn balai polis ). Pegi balik keje ada van angkut, tapi aku kekadang kena balik lewat, kalu ada function laa.. Bawak motor cabuk kawan aku. Top Speed 95km ( turun bukit ), jln biasa 50jer. Kalu naik bukit, silap2 kena masuk 4wheel drive.

Kalu dr bandar nak g Pine Resort ni, ada dua jln. 1 ikut jln datar ( tp kena lalu tmpt berkumpul geng anjing n b*#@ )melepasi tempat kuda dan unah KTM. Banyak dah kes kena gigit kat cni. 1 lg ikut bukit, dkt ckit la. Kena lalu Banglo Temerloh nuju ke simpang banglo jerantut seblom jumpa umah KTM. Tul2 kat simpang nak g banglo Jerantut tu, ada sebuah umah tinggal, dok atas bukit. Lama dah, sejak zaman omputeh lg.

Umah tinggal ni lak banyak citernye. Nak tolak bg runtuk, bulldozer xmau jln, sat2 mati. Esok lusa, drebar dia lak yg jln. Kekadang org nampak pompuan mat saleh kat c2 dan banyak lg la citer yg kalu korang dengar, korang mesti melopong bukak mulut kerana kagum atas terrernyer org kat atas ni jd penglipur lara.Jd umah ni xpernah la ada org dok, sampai semak samun.

Satu lg nak bgtau, hampir sume jln kat Bkt ni, lalu gaung. Korang silap drift, korang ter76.

Nak dijadikan citer, ada satu mlm tu, aku kena balik lewat, sbb anak bini JEneral kita, nak nyanyi karaoke. Lepas dema sume ilang suara dan aku dah kemas peralatan, dah kul 1.30pg. Aku pun capai helmet dan tunggang la motor nak balik.

Sbb dah lewat sgt, aku ikut jln bukit. Nak ikut jln bawah, skrg ni si belalai pendek tengah rancak berdisco, mati aku kang kena steamroll. Bkn senang nak samak ni, tau tak?
Mlm ( errrr.. pagi ) tu mmg cantik. Terang bulan mengambang penuh. Maka aku dgn tenangnya, stat motor dan tunggang.

Turun bkt 90kmj, Naik bkt KTM dah 50kmj, makin lama maki slow ( bkt tu tinggi nak sampai kat simpang umah hantu tu ), tapi xsampai 4WD lg. Tgh syok2 layan selekoh, tetiba jer jalan tu dipenuhi kabus. Putih pekat, cam pej kesihatan tgh sembor nyamuk. Punyer la banyak kabus, dlm sekelip mata jer, jgn ke nak nampak jln, telinga aku pun, aku dah xnampak dah.

Naluri aku ( ala... cam spiderman tu.. ) mengatakan BREK! Dan otak aku pun terus tekan brek kaki dan tangan ( terlupa jap, motor tu aku rasa dah bertaun xpernah tuko brek pad ). Bila motor yg dah mmg pelan 2 xmao brenti gak, maka foot brek pun terpaksalah ditekan ( ke jln ) dgn kuat.

Maka, berdiri lah aku sambil mengangkang-kan motor sorang2 dlm kabus pekat tuh. Dengan pelan, aku turun dr motor ( tgn x lepas dr handle, jatuh kang pueh lak aku nak meraba ). Aku meraba dalm kabus tu pakai kaki aku, sambil menyeret motor. Baru 5langkah (kecik), kaki aku dah jumpa gaung. Mmg ngam2 aku brek, kalu idak arwah aku. ( Terima kasih utk super power aku nih )

Aku mula memikir, nak jln trus ke nak tunggu jer kat c2. Badan dah rasa seram sejuk dah ni. Seram - pasai bunyi anjing melolong makin kuat dan mcm makin dkt jerr.. Sejuk - "errr... cuba korang dtg cni kul 2 pg, nengok sejuk ke idak.Suhu kat cni mmg sesuai utk pengantik baru cam Pioneer 2.

Aku amik keputusan nak jln trus. Sekarang korang cuba pejamkan mata ( lepas baca ni sampai abis la, jgn la ni gak ), bayangkan korang sedang pegang dua-dua handle motor pakai dua2 tangan korang, jln gostan sambil narik motor 2. Kaki melangkah satu2, sambil melangkah 2, meraba2 gak la cari tanah. Dah dpt bayang, betapa mr. bean nyer korang..

Gitu ler kelaku aku, utk tempoh aku rasa hampir 30 min. Bunyi anjing lak cam dekat jer... seolah-olah ade je kat blakang. Dlm tgh meraba2 tu, secara tetiba gak, kabus tu ilang. Sekelip mata. Xde kesan langsung. Aku tgk keliling, dan perasan aku betul-betul kat simpang jln ke Banglo Jerantut. Bermakna....

Aku dongak kepala aku katas, rumah antu tul2 atas bkt. Dlm tercengang tu, aku rasa cam nampak pompuan mat saleh tgh berdiri kat balkoni umah sambil tersenyum kat aku. Aku apa lg, trus melompat atas motor dan meluncur turun bkt. ( Apa? korang ingat aku nak senyum balik ke??? ) Stat motor pakai gear jer dah. Aku pulas tali minyak tu sampai abis, xingat dah kelajuan mak. dia 50jer.. Juga xingat jln turun bkt ni same je selekoh mautnya.

Aku cume nak sampai umah, tukar baju, naik ke loteng n tarik toto aku penuh 1 badan. Nasib baik esok aku mmg dah cuti.

Entiti #3

Seperti mana yg diceritakan oleh kekawan aku S dan F.

Lokasi / taun : Sg. Mahang, Selama / taun x ingat dah.

Kat Sg. Mahang ni pun ada mini hidro gak. Nak dijadikan citer, mesin dia ni dah rosak. Kena bawak kuar generator dia utk repair. Sbb jln teruk n jambatan cukup2 jer utk org saiz aku melintas, lori besar xleh masuk.

Kedua member aku ni pun ditugaskan lah utk bawak kuar benda alah tu, bawak naik Land CruiserII pick up (4000cc ), keta paling power dlm company aku. Dipendekkan citer ( kalau tak, jd cam citer anep lak ), masa diaorg tgh lalu jambatan maut tu, ditakdirkan jambatan patah. Pick up terus mendongak ( tayar blkg terjun) hampir 70*, generator jatuh dlm sungai. Mmg kompom, dgn keta2 tu skali kena kaut balik ngan kren.

Disebabkan dah maghrib, S & F pun diantor le dek budak kitaorg g tido kat rest house kat pekan selama. Siap amik bilik, S&F pun gi la kuar melampiaskan nafsu perut dema, sesambil beborak ngan tokey kedai mkn kat sana.Dlm kol 11mlm, perut dah kenyang, borak sakan pun, tokey xbg diskaun, disamping org kiri kanan dah tutup idung ( dema ni mandi pg tadi jerrr... ) dema pun balik ke bilik.

Lepas mandi sakan, membuang bau badan, dema pun lepak la atas katil ( bilik katil bujang x2 ). Dah siap berselimut, lampu dah tutup, bini dah tipon, get ready 2 sleep.

Lepas kol 12tghmlm, pintu bilik kena ketuk. Bertalu-talu. Maka dgn muka bengang, F pun g la bukak pintu 2. Ada 2 org polis dok berdiri dpn pintu.( Fuh! Nasib baik bkn pencegah maksiat - kalu tak masak, soal jwb bertalu-talu walaupun kita tido sorang2 ).

Polis tu cakap, nak amik keterangan pasai eksiden siang tadi. F pun ajak la dema masuk, S pun trus la bangun ( ye la, tak kan xnak layan tamu. Polis lak 2 ). Maka polis 1 dan polis 2 pun bertanya la soklan2 lazim, "camne leh eksiden", "xlesen ke" nak bawok brg g mane", "asal mane", kenal org 2, kenai org ni tak", "adik cun tak" dan mcm2 lg. F & S pun layan la, jwb mana patut. Nak lelebih, mata dah ngantuk.

Lepas kol 1 pg, soal jwb pun selesai. 2 2 polis pun mintak diri ( kot nak tido c2 pon xleh, katil bujang 2 jerr... ).
S & F pun tutup lampu n capai selimut. Nothing happen.

Tetiba.... jeng..jeng..jeng..
S & F serentak terbangun dan memandang satu sama lain. Dan serentak bertanya...

S : 'Dol, bile ngko wat report polis? Bkn cadangnya ari esok?'
F : 'Wai, bkn statement kena wat kat balai kerrr..??'

Dengan kelajuan mengalahkan polis angkasa gaban, dema berdua bingkas bangun dan berlari kuar ( tanpa memikirkan kekalau kain sarung dema terlondeh atau idak ) dan menuju ke pak guard kat depan ( nak ckp lobi pun xleh, reception lg la xleh ). Tgk tgk, pak guard sedang lena tgh bermimpi bercinta ngan siti nurhaliza ( wak2 2 minah ni bergetah lg ). Dema pun tanpa malu2, mengejutkan pak guard.

F : "Pakcik, tadi ada polis dtg cari kami tak", dlm bahasa baku.
P.Guard yg tgh mamai : " Ngko dah gile? Dah kul brape ni? Pintu pagar dpn dah kunci dah, mana ada org leh masuk", ( errr... korang translate la sendiri ayat tadi dlm bahasa kedah ). " Dah, p tido. Ngaco jerrr...

S & P pun berpandanganlah sesama sendiri, dan dengan longlainyer melangkah balik ke bilik. Ye la, nak check out g tmpt lain pun, mana ada umah tumpangan bukak dah, dah la nak jln kaki lak 2.

Dan sepanjang pagi tu la, dema berdua x tido. Hanya berpelukkan sesama sendiri ( jgn salah paham, diaorg bkn gay ) di atas satu katil jerr... Sampai kalu nak melepas hajat pun, masuk tandas berdua. ( tang ni jgn tanya aku )



Disclaimer : kalo diaorg nipu, nipu la aku ( tanpa niat ). Korang xleh bawak aku g mahkamah. Lg pun mahkamah selama 2, lebih kurang rest house gak suasananya.

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #7

NOTA : SEMASA MAIN OFF-ROAD, JANGAN MALU UTK SENTIASA BERHENTI, TURUN DAN CHECK JALAN KALAU XKOMPIDEN NAMPAK CAMNER ROPE JALAN TUH. XDER ORG NAK GELAK KAT KORANG NYER...

'BETTER BE SAFE THEN SORRY

G je turun.. jalan kaki... tgk samada korang leh lepas ker idak...

Errr... tp kalu korang ikut konvoy... pulak tuh duk kat tengah-tengah... xyah ler gatai nak check jalan nih... Dah 5 6 biji kembara kat depan korang lepas, mmg ngarut la kalu nak berenti check jalan lagi.... Mao kena langgor dek org kat blakang....

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #6

AMBIL KEDUDUKAK ( TAKING SIDE )

Waktu korang blajor bawak keta dulu... mesti instructor korang ader cakap... amik side belah kiri.. ikut line putih kiri jalan... kan...

Biler dah lulus.... korang stat bawak ikut stail memasing... ader yg suka side kiri... ader yg suka side tgh... bahkan ader gak yg suka amik side line putih belah kanan skali... hehehehe.... ( tu sebab dier suka motong keta org lain... atau makan jalan... kena slalu amik side belah kanan )

Biler nak 'off'road' nih, korang cumer ader satu side jer.. Ingat, hafal dan praktikkan.

Semasa duk kat seat tuh, cer perhatikan di mana tayar belah kanan berada. Sengetkan badan korang supaya badan korang betul-betul satu garisan ( line ) dgn tayar depan dan belakang. OK... Ini side korang... Kalu xboleh gak... bukak tingkap tuh... jengok kepala keluar ckit.... korang mesti dapat tengok tayar depan.

Kenapa ini side korang??
Masa kita wat 'off-road', kekadang laluan kita melalui jalan yg sempit, gaung disebelah... tebing disebelah...
Kut gaung duk belah kanan, mmg ok ler... pasai korang nampak... pas tuh mesti ngimpit tebing nyer...

Tapi, kalu gaung belah kiri??? Ramai yg akan bawak cam atas jalan raya nyer... duk sibuk amik side kiri... Soklannya... korang nampak ker tayar belah kiri kat mana??? Mekalau ler ader batu atau kayu terjonggol kat atas jalan tuh... xker haru....

Sebab tuh, side korang mesti belah kanan, setentang ngan tayor. Himpit ler paling rapat kat belah kanan... yg korang boleh... baik tebing atau gaung... xkisah ler kut org sebelah duk cakap... 'Bang, belah kiri luas lagi.... "
sbb korang bukan nampak pun side kiri tuh.... Ingat, yg pegang stering dan tekan pedal ialah korang... bukan org sebelah...

Tugas org sebelah ( kalu ader ) ialah utk perhatikan dan beritahu jarak belah kiri, arah jalan nak g, tgk keta kat depan ( jgn gatal nak ngejor keta kat depan... tugas korang bawak kembara dengan selamat... tgk jalan ), dan memberitahu kekalau ader nampak aper-aper yg bahaya... Memerhati dan memberitahu.... Ingat! Memerhati dan memberitahu jer....
Keputusan kat tangan korang..... errr.. pemandu.

( Ni ader satu praktikal, kena biasakan utk tidak wat respon mengejut bila org seblah menjerit.... )

Ini juga penting waktu korang nak melintas jambatan.. Korang cumer leh ukur skali jer... pas tuh xkan stiap 1 meter nak brenti.. turun .. tgk tayar...

Seblom naik jambatan tuh... berenti tul-tul depan jambatan. Turun.. Tengok kat mana tayor kiri kanan letak... boleh lepas ke idak... biler dah kompiden... baru jalan...

Amik side kanan.. pastikan kedua-dua tayor depan dan blakang setentang ngan jambatan tuh... kut ader org 'pilot' korang... pilot tuh akan jaga belah kiri.... sbb dier pun tau, korang xnampak.....

Buat latihan praktikal.. kut nanti biler kluar tgh malam, waktu jalan sepi... ikut line putih jalan tuh... pastikan tayor depan dan blakang korang setentang / sentiasa duk atas line putih tersebut....

Tp, sebab cara dan gaya pemanduan korang dah biasa ngan jalan raya... ni dah jadi tabiat dah... susah nak tukor cam tu jer... Tu sebab, korang kena masuk 'off-road' kerap ckit... Kena jadikan tabiat baru lak... org kata refleks...

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #5

AMARAN : UNTUK YANG SUKA PANDU LAJU....

Sebaik sahaja korang tekan suis LOW ( ni aku panggil la.. kut Wak panggil LSD, ader yg panggil suis 4x4 )... pastikan korang lupakan peel bawak rally tuh...

4X4 LOW ( Keadaan di mana ke empat-empat tayar mendapat kuasa yg sama banyak dr enjin ) TIDAK BOLEH DI GUNAKAN UNTUK / SEMASA KELAJUAN TINGGI. KELAJUAN YANG IDEAL IALAH TIDAK MELEBIHI 20KM/J.

Tp utk kembara.... mungkin 40km/j adalah keadaan ideal dier... Utk keta aku la... Ex DVVT manual

KECUALI KORANG NAK NGANTOR KEMBARA KORANG KE BENGKEL YET KAT USJ 16 NUU.... JANGAN SESEKALI MELEBIHI HAD KELAJUAN INI

Sila rujuk manual kembara korang, atau baca label pada pelindung cahaya kat ATAS DEPAN korang.

Ini juga bermaksud, gear tertinggi korang ialah 3 sahaja. Jgn gatal nak pakai gear 4 dan 5. Kut kalu auto, aku rasa mmg gear korang lock kat 3 nih jer.....

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #4

CARA DUDUK

Aku tau yg korang asal masuk keta jer... mesti ejas kerusi tuh ke kedudukan yg korang selesa... pada korang la...

Ada yg suka rapatkan kerusi ke depan... kalu boleh nak pusing stering tuh pakai dagu jer... xpun pakai perut... hehehe.....

Ader gak yg ke-belakang-kan kerusi tuh sampai abis... kunun nak bg selesa ckit kaki....

Tp yg paling aku xpaham, ader yg suka turunkan penyandar ke blakang... dah sampai nak berbaring dah... kalu boleh... mata ngan stering dah sama aras...

Tp, utk masuk 'off-road' nih... korang kena la lupakan jap cara duduk tu... sbb dlm 'off-road', yg paling penting ialah keselamatan diri....

Kut dah sampai xnampak depan.... atau nak pusing badan pun dah xdpt,.... mmg dah xselamat dah la....

Bila aku tulis cam nih... jgn lak korang tiru cara duduk aku.... tu cara aku... aku selesa ngan cara aku.... korang dapatkan ler... cara duduk korang sendiri....

Yg penting....

1. Pastikan korang dapat tgk depan dengan sepenuhnya... pastikan dpt tgk bonet depan secara penuh... Jadi anggaran jarak korang jadi lebih bagus lagi... ader penanda.
( biasakan dengan jarak salah satu hujung bonet depan.. tu penanda jarak korang )

2. Pastikan kaki korang tidak terlalu lurus... bengkok kan sikit... tp jgn sampai ngangkang lak... huduh benor nengoknyer...

Kaki yg terlalu lurus... bermakna korang tekan pedal hanya menggunakan buku lali jer... bahaya oiii.... kalu kut keta terlambung ckit... trus terlepas pedal tuh...

Kaki yg ngangkang lak... bermakna korang tekan pedal pakai lutut.. mesti korang angkat kaki tuh waktu nak tekan / lepas pedal.... nih pun bahaya gak.... kut keta terlambung ke kiri ke kanan.... mau tercabut lutut tu nanti....

Korang memerlukan keadaan di mana korang dapat menggunakan kedua-dua kaedah menekan pedal dengan cepat dan tanpa halangan.

3. Sandar ke blakang sambil tekan salah satu pedal rapat ke lantai. Pegang bahagian atas stering ngan kedua-dua tangan rapat. Selaraskan ( ejas ) kedudukan penyandar sampai kedua-dua lengan lurus. Sbb stering kembara tetap... xleh nak ubah dah....

Jadi ini ler kedudukan normal korang semasa memandu 'off-road' nih... mmg kurang selesa ckit... tp cara nih akan menyebabkan tangan korang sedikit bengkok waktu pegang stering kiri dan kanan. Juga akan ader jarak antara dada korang ngan stering...


AMARAN : JANGAN NGADE NAK IKUT KEMPEN PAKAI TALI PINGGANG KALEDAR YG GOMEN DUK BUAT TUH.... WAKTU NAK MAIN OFF-ROAD.
Kut kang tercabut bahu ngan pecah pundi kencing.... Kalu gatal nak pakai gak... g tuko dulu tali pingang keledar tuh ngan yg jenis X nyer... Tali pinggang yg ader tuh hanya utk kegunaan atas jalan raya jer...

Jumaat, 19 Mac 2010

Aku nak tukor stail.....

Hahahaha... pasai aku tak tau aper lagi nak tulis dalam blog nih....
Lama mat dah blog nih nyepi dari sebarang posting... riso lak... hehehehe...
Lagipun malu gak kat kekawan yg baru jer wat blog... tp dah penuh sakan bolg dema tuh...

Jadi, aku wat keputusan...
1. Aku dah malas nak susun ayat bagus-bagus cam seblom nih.. nak pakai base Malaysia stail karangan kat skolah... susah bebenor nak nyusun ayat ter... Jadi... mulai dari ari nih... ni ler stail penulisan aku... samer ngan stail percakapan aku... hahahaha...
Nak kata aku pakat guna base/loghat pahang... rasenyer idak... bercampur-campur... pasai aku pun xbraper nak gheti nak nulis dalam base / loghat pahang nih..

2. Aku akan amik balik sumer posting aku pasai Off-Road Cara aku ( Off-Road My Way ) yg seblom nih aku letak kat dalam www.kembara.net. Sajer jer.. dah tulisan aku kan... xkan aku xmao letak kat dalam blog sendiri.. hahahaha... Seblom korang pening... hehehee... aku nih bawak Perodua Kembara... masuk kelab keta kembara.... posting dlm tuh.. hehehhe... kira salah satu sumbangan aku la kat kelab tuh... hehehe... nerangkan kaedah dan cara-cara nak bawak keta kembara masuk utan, wat off-road... Bukan nak berlagak.. atau nak kata yg aku nih baguih mat... cumer... hehehehe... INILER CARA AKU.

3. Aku gak akan amik balik sumer posting aku pasai citer antu @ entiti yg aku duk karang dan post dalam beberapa forum. Sebab yang sama ngan kat atas... hehehehe... Dah tulisan aku kan,.. xkan aku xmao letah kat dalam blog sendiri.. hahahahaha...

4. Aku nak stat letak gambor-gambor dan bideo xtvt yang aku wat ( kala aku tau camner nak post link la.. kat dlm nih... hehehehe...

Jadi, arap-arap.. korang yg duk baca blog nih... dapatler terhibur ckit.. hahahahhaa...

Entiti #2

Lokasi / taun : Sg. Kinjang ( Lata Kinjang ) Tapah, 1997

Korang tau tak Lata Kinjang? Kalau korang lalu PLUS arah utara, sebelum sampai tol Tapah, korang akan nampak satu air terjun tinggi ( belah kanan ). Kalau tgk bebetul, kat puncak air terjun 2, korang akan nampak bangunan atap kaler biru. 2 stesen mini hidro gak.

Nak dijadikan citer, aku kena bawak admin aku g sana ( jantan, sorang ) ntah dia nak check hapa ntah. Aku naik ke atas dlm kul 11pg (amik masa dlm 30min, jalan tegak 55*). Siap keje, dlm kul 3ptg. Tgh bersiap nak turun, hujan turun selebat-lebatnya. Dah stail aku, turun dlm ujan. Kalau tunggu lg, nanti jln jd licin. Lg bahaya.

Sbb hujan, aku turun man man. Licin n cermin dpn dah stat kelabu ( kabus ). Wak2 2, aku lum kenal 'windscreen fog cleaner' lg. Aku xtau cermin kabus sb sejuk ujan ke sejuk air-cond.

Tgh aku turun slow2, admin aku tetiba menjerit ( cam pompuan jerk bunyi dia ). Aku terperanjat n brek mengejut. Keta ( SJ413) trus sliding n melintang jln ( jln ngam2 jer utk 1 keta - tanah merah ). Nasib baik xterjun gaung. Dlm woiii... Kalu jatuh, kompem arwah.

Aku tgk muka dia dah pucat. Aku xtau pucat seblom aku brek atau pasai keta sliding. Aku tanya la ( dlm nada memaki ) 'ngko apahal?? Dah nak mampos ngejutkan aku cam2?'
Dia pandang aku sambil jari nunjuk kat cermin keta, 'Ada org lukis gambor' katanya. Aku tgk cermin depan 2, ada gambor pompuan pada kabus. Lawa gak. Aku sempat la tgk garisan kabus kat cermin2 bergerak nyiapkan muka 2.

Aku wat xtau jer la, stat balik keta dan turun. Sepanjang jln, admin aku asyik tanya camne muka pompuan tu leh muncul kat cermin, sambil terketar-ketar. Aku wat donno jer la, payah bercakap ngan org blajar luar negeri ni.Sampai Tapah, ujan dah berenti. Aku trus balik KL. Esok Admin aku MC.

Entiti #1

Lokasi/taun : Sg. Gebul, Kuala Kangsar / 1997

Aku ni dulu keje repair mesin mini hidro, sume 2 kat dlm utan. Citer ni waktu aku nak repair mesin kat Sg. Gebul, KKangsar. MAsuk berdua pakai SJ 413. Nak sampai stesen kena redah sg 2 dulu.

Siap repair, dlm kul 5 lebih ( ptg ), ari pun dah gelap cam nak ujan. Kome pun kuar n bawak keta lintas sg 2 (sg xbesar, 4biji kembara berbaris jer). Ntah mcmmana member aku bawak, keta dah sangkut. Tul2 tgh sg sebelah air terjun. Mcm2 dah cuba, xleh lepas gak. MAka kome buat keputusan, 1org kena kuar mintak tlg, 1org lg tunggu keta, takut hanyut bawak dek air.

Sbb aku dah mmg terlebih comel, aku pilih tunggu. Member aku lak jalan kaki kuar ( + - 6km lalu utan ). Memula aku pakat duk lepak atas bonet dpn, sambil mencemarkan kualiti udara. Aku ingat2 dlm kul 6ptg, tetiba aku dengar bunyi air memercik. Aku toleh kiri kanan xnampak apa2. Lepak lg. Rokok dah brape btg tah xingat.

Aku dgr bunyi air mercik lg, lg jelas. Bunyi kat batu hampar sebelah lubuk air terjun. Aku tgk tul2, aku nampak air mercik ke atas, lebih kurang mcm korang kaut air mandi kat sg la. Tp aku xnampak org. Nampak air 2 jer cam ada org mandi kat c2 ( batu hampar tu pun basah cam ada org tgh mandi ). Apalg, aku dgn kompidennya, turun n jln naik ke darat. Capai handset ( walaupun aku tau dia tulis 'no service') dan stat call sapa2 dlm address book.Ada la dlm 15min gitu. Sat2 aku jenguk, nampak air mercik lg. Tipon lg.

Member aku dtg balik naik motor ngan org kampung. Reramai kitaorg tarik keta naik atas, alhamdullilah keta xapa2. Kome trus kuar la. Sampai luar, member aku stop kat gerai tepi jln, pekena kopi.

Tetiba member aku tanya, 'ngko xde jumpa atau nampak atau dengar apa2 ker wak2 tunggu tadi??' Aku tanya ngape.
Dia cakap, sepanjang dia jln, dia dengar bunyi org jln dlm semak sebelah kiri, blakang ckit dr dia. Bila dia brenti, bunyi org jalan 2 brenti. Bila dia jln laju, bunyi 2 pon ngikut laju. bila jln pelan, bunyi 2 pon pelan gak. Aku pun citer gak apa yg aku nampak. Lepas minum, kitaorg trus blah balik KL.

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #3

Pelajaran di sambung...

Dah biasa ngan Kembara korang??? Dah tau peel ( perangai ) dier??? Bagus... sekarang kita betulkan lak peel korang...

Memula lepas dpt lesen dulu... waktu kali pertama korang bawak keta sendiri kat atas jalan raya... mesti gabra gak kan... kecuali ler kalu korang ati kering... Tp bila dah lama... dah biasa bawak... korang dah start main cilok kat depan lori....

Ngape???
Sebab korang dah terbiasa ngan corak pemanduan, power keta korang... dah dpt agak org lain nyer gak...

Kaedah yg sama, bila korang nak biasakan ngan off-road nih... tu sbb biler korang tanya camner nak bawak... org slalu suoh / ajak korang masuk join skali....
Korang TAK AKAN DAPAT biasakan diri ngan off-road kut duk atas jalan tar @ duk baca jer aper yg aku tulis... kena praktik gak...

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #2

Kalu nak tgk camner asas 4x4 dlm tv, tgk time dokumentri LANUN DARAT - Ford... atau rajin-rajin ler search gambo dlm K.Net nih... sia-sia jer Ferum susun....


Dah praktis kat kawasan pembinaan???? Dah dpt 'feel' dier???
Ok... skrg g praktik lagi... kali nih lak... cuba elakkan dr kerap menggunakan brek utk memperlahankan keta tuh... cuba pakai minyak ngan 'clutch' jer... tp kalu keta korang AUTO, hehehe... xdapek ler.... mmg kena brek la... hahahaha... tp cuba belajor tekan brek tuh ngan perlahan.... cukup hanya untuk memperlahankan keta korang tp jgn sampai berenti....
( tu sbb aku suka manual gear... hehehe... ). Memula mmg lain macam ckit.... pasai korang dah biasa ngan pemanduan atas jalan raya...

xper... omputih cakap... practice make perfect

Kenapa nak kena biasakan diri dgn xpakai brek nih...???
Sebab... adakalanya korang akan terpaksa menuruni bukit waktu ujan atau lepas ujan....
Sekiranya.. waktu tgh turun tuh.... korang tetiba ter tekan brek ngan kuat... sehingga menyebabkan tayar terkunci... maka korang mungkin akan merasai satu pengalaman yg tidak mungkin dpt dilupakan.
Ini kerana... kalau tayar terkunci secara tiba-tiba... sewaktu tengah menuruni bukit yg licin... kembara korang akan mengelunsur ( sliding ) kat atas jalan licin tuh... dan korang akan ilang kawalan... langsung...
dan ini adalah pekara yg kita paling ingin elakkan. SAMA SKALI.

Kaedah ini juga digunakan waktu nak melintas sungai.
Kalau ler waktu kat tgh sungai tuh... kembara korang dah separuh tenggelam... tetiba korang g gatal tekan brek... dapat fikir aper yg akan berlaku???

Kita menggunakan kaki kanan utk menekan pedal brek dan minyak bergilir-gilir. Kut giler kalu korang tekan brek guna kaki kiri.
Jadi, sewaktu korang tekan pedal brek, ia juga bermakna yg korang g lepaskan pedal minyak. Seandainya, korang g wat cam nih.. waktu kat tgh sungai... air sungai tuh akan start masuk ke dalam enjin melalui ekzos.. sbb pressure dlm ekzos dah ilang.... dan korang akan terpaksa mengantor kembara korang kat bengkel yet di USJ 16 nuu.. utk diperbaiki.

Ingat!!! Main off-road bukan pakai hati... tapi pakai akal pikiran.

Off-Road Cara Aku ( Kembara jerr... ) #1

Aku bukak tread nih, bukan pasai nak nunjuk... aku pun bukan la 'true off-roader'. Cuma nak mencatitkan pengalaman aku, cara pemanduan aku selama 13 taun duk bawak hilux single / double cab, SJ413, Pick-up, Pajero, Trooper, Kembara stendet masuk utan merata semenanjung, sorang-sorang.

Aku xblajor 4x4 nih secara formal... tetapi berdasarkan pengalaman, pergaulan ngan drebor hilux kat kongsi balak, pengalaman dr org yg main 4x4...... dan mengunakan akal fikiran.

Mungkin aper yg aku tuliskan nanti, bercanggah ngan cara org lain... mungkin ader yg pada pikiran korang tidak logik.. atau ader teknik dan teknik org lain yg lebih baik....

Apa-apa pun... this is my way.

Untuk yg belum pernah g masuk utan pakai 4x4 nih....
seblom masuk dan biler korang tgk keta 4x4 yg fully modified tuh.... grenti ngeri nyer. Terkenangkan lak si KEMBARA yg comel lote tuh, yg selama nih dibelai dijaga dan ditatang dgn kasih sayang... dilanyak habis-habisan... dipenuhi lumpur...

Kena lak yg asyik kuar kat tv duk tayang 4x4 tgh masuk lubang la,... menyelam kat sungai laa... kena tarik laa... lalu batang balak la... mmg aku pun ngeri gak....

Tapi tu sumer utk hardcore, kita nih takat suker suker jer...

Untuk sesiapa yg lum pernah merasa camner 4x4 dlm off-road nih... trik dier mudah jer....
( Nota : Kembara dah mmg full-time 4x4, korang xyah gatal nak ejas apa-apa dah... cumer pastikan kembara korang dalam keadaan tip-top )

1. Bila korang nampak kawasan pembinaan jer.. yg lapang ngan tanah merah tuh... try ler masuk. Memula try bawak waktu area tuh kering dulu... dapatkan pra-rasa dier... omputih kat 'feel'. Main kat area dekat jalan dulu... jgnler trus masuk redah jer.... kut kang, lain jadinyer...

2. Bila dah dpt 'feel' dier, korang baru main kat keseluruhan area... kut kalu ader kawasan cam berbukit.. try naik.... Dlm masa yg sama, teliti kembara korang... peratikan tebiat dier... kenal tul-tul keta korang tuh... jgn takat tau nak isi minyak jer....

3. Bila dah biasa dan kompiden ngan keta korang... kira cam dah bersatu jiwa laa... hahaha... korang try lak waktu lepas ujan... Ingat, memula main dkt jalan jer dulu... dah selesa.. hah... redah trus satu kawasan... Lagi elok kalu ader keta lain bersama....

4. Dah rasa cam off-roader??? hah! peringkat seterusnyer... bila ujan stat turun jer... g balik kat tmpt tuh.... lg bagus kalu ujan mmg lebat giler... korang try main tgh ujan lak... aku grenti lepas nih... korang mmg dah tak pandang blakang dah... bahkan berbangga ngan lumpur yg menempek kat KEMBARA korang.....

NOTA: Semasa main 4x4 nih... gunakan gear rendah shj. Jgn gunakan gear tinggi... Kelajuan maksima hanya 60km jer... lg baik 40km.j sahaja.